Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Mak Pernah Cakap Kalau Dia Mati Jangan Datang Kubur..” Penyanyi Zynakal Akui Dirinya Bukan Anak Yang Baik

Kehilangan orang tersayang bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dihadapi tambah-tambah jika ianya melibatkan ibu bapa.

Penyanyi dan komposer muda, Zynakal yang baru saja kehilangan ibunya tersayang, Allahyarham Zuridah Ibrahim ternyata telah memberi kesan yang mendalam buat dirinya. Meluahkan rasa sedih menerusi siaran Instagram Live (IG Live) baru-baru ini, Zynakal juga mengakui dirinya bukan seorang anak yang baik.

Advertisement

Penyanyi rap yang namanya semakin meningkat naik itu juga kelihatan tidak dapat menahan sebak dalam IG Live tersebut dan turut berkara bahawa sepanjang ibunya masih hidup, dia tidak pernah menghargai malah tidak pernah melawat ibunya ketika berada di hospital.

View this post on Instagram

hargai dia ??

A post shared by ZYN AKAL (@zynakal) on

“Bila dah selesai kebumikan arwah dan tengok batu nisan, saya terus terdetik ‘aku tanam mak aku sendiri’. Tak pernah jangka benda ini akan terjadi dalam hidup saya. To be honest, saya bukan seorang anak yang baik. Sampaikan kami pernah bergaduh, mak saya cakap kalau dia mati jangan datang kubur dia,”

Zynakal turut berkata ketika hayat ibunya masih ada, dia jarang menghubungi ibu serta merasakan seperti tiada hubungan antara ibu dan anak.

Advertisement

Dia dalam pada itu  sempat menitipkan pesanan kepada peminat di luar sana supaya sentiasa menghargai ibu bapa sementara mereka masih ada agar tidak menyesal di kemudian hari.

Ibu Zynakal yang juga kakak kepada penyanyi lagenda Zamani telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Al Islam, Kampung Baru, Jam 1 petang semalam. Allahyarham dilaporkan telah meninggal dunia kerana komplikasi buah pinggang serta jangkitan kuman dalam darah. Al- fatihah diucapkan.

Sumber : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top