‘Kasih ibu membawa ke syurga’ merupakan perumpamaan yang tepat untuk wanita bergelar ibu yang sanggup berkorban apa sahaja demi memastikan anak yang dilahirkan membesar menjadi insan yang berjaya.
Begitu juga dengan seorang ibu yang menghidap kanser tahap 4 ini. Baru-baru ini Nurul Shafina Mazani atau lebih dikenali sebagai Piena yang merupakan seorang pengguna Facebook telah membuat posting mengenai ibunya sejak bulan Mei tahun lalu.
“Nukilan terakhir mak tulis dalam buku sebelum mata mak keduanya bengkak dan tertutup sepenuhnya. Mak dah tak boleh berkata-kata.”
Nukilan terakhir mak tulis dalam buku sebelum mata mak keduanya bengkak dan tertutup sepenuhnya. Mata tak Nampak mungkin hari last mak menulis. Emak nak pesan anak-anak mak duduk elok-elok jangan bergaduh.
“Lidah pun dah keras. Mak ada salah dan silap mak minta maaf semua anak-anak mak.”
“Jaga Akmal elok-elok kesian dia masih kecil lagi. Mak tak boleh jaga dia.”
“Semua anak-anak mak maafkan apa pun kesalahan.”
“Mak kata mak dah halal semua air susu yang anak-anak minum.”
“Bertolak ansur sama-sama adik-beradik.”
“Aina mak orang yang pertama nak ucapkan selamat pangantin baru buat Fina.”
Posting tersebut telah mendapat perhatian ramai, dan ramai juga yang telah mendoakan kesihatan ibu beliau.