“Mak Mentua Saya Ustazah Tapi Tak Menghakimi” – Uqasha Senrose Syukur Dapat Ibu Mentua Berhati Lembut

Hiburan

“Mak Mentua Saya Ustazah Tapi Tak Menghakimi” – Uqasha Senrose Syukur Dapat Ibu Mentua Berhati Lembut

Pelakon jelita, Uqasha Senrose, meluahkan rasa syukur dikurniakan ibu mentua yang penyayang, berhati lembut dan sentiasa melayannya seperti anak sendiri.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, menyifatkan ibu kepada suaminya, pelakon Kamal Adli, sebagai wanita berhati mulia yang penuh kasih sayang.

Advertisement

Dia suka masak untuk menantu. Kalau kami semua balik rumah mak mentua, dialah orang paling bahagia.

Dia juga suka tengok kami berkumpul adik-beradik ramai-ramai.

Lebih membahagiakan, pelakon filem Bisikan Dosa itu berkata ibu mentuanya juga seorang ustazah, namun bukan jenis yang suka menilai atau menghukum orang lain.

Mak mentua saya ustazah, tapi tak judgemental (menghakimi).

Dia sangat positif dan selalu bagi nasihat dengan cara yang lembut. Setiap kali bercakap dengan dia, hati rasa tenang

Perkongsian Uqasha itu mencuri perhatian ramai, dengan rata-rata netizen memuji hubungan akrab antara menantu dan ibu mentua yang menjadi contoh positif buat ramai wanita.

Untuk rekod, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal Adli pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Pasangan sama cantik sama padan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia hampir dua tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-10-05 11:18:33

“Alhamdulillah” – Zizi Kirana Kembali Aktif Di Media Sosial, Kongsi Video Ketibaan Peserta Flotilla Di Istanbul

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...