Seorang wanita telah meluah perasaan mengenai sikap ibunya yang meletakkan syarat agar bakal suaminya nanti membeli sebuah kereta sebelum mereka berkahwin.
Namun, apa yang menjadi kekesalan wanita itu adalah ibunya tidak bersetuju jika bakal suaminya itu ingin membeli kereta jenis Myvi kerana menganggap kenderaan itu hanya layak dimiliki oleh seorang pelajar.
Diluar negara kereta hanya sebagai pengangkutan & ditafsirkan sebagai liabiliti. Asal sampai dari tempat A ke tempat B, sudah memadai.
Tapi, sebaliknya pula di Malaysia. Korang menyesal ke kalau pakai Myvi? pic.twitter.com/f6qcOUJrlA
— TwtWedding (@twtmalaywedding) April 9, 2022
Kata wanita itu, dia berasa kecil hati dengan sikap ibunya itu yang memandang rendah terhadap usaha bakal suaminya serta memandang rendah terhadap kereta keluaran tempatan.
Dia nak beli Perodua Myvi. Lepas tu saya pun beritahu mak tentang hal itu. Tapi respons mak saya macam, dia kata Myvi ni kereta untuk studnet, tak ada kelas, tak jaga imej kalau pakai Myvi.
Yang nak kahwin tu saya, bukan mak. Jadi kereta apa pun saya okey saja. Cuma mak saya ada cakap kat saya suruh ikut cakap dia, kalau tak, menyesal.
Wanita itu difahamkan berkongsi mengenai pendapatnya itu di Twitter @twtmalaywedding bagi bertanyakan pendapat mengenai apa yang dia harus lakukan bagi mengatasi perkara itu.
Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap ibu wanita itu apatah lagi menyentuh soal pembelian kereta popular negara, Myvi itu.
Kata netizen, lebih baik ukur baju di badan sendiri kerana hidup berumah tangga memerlukan modal yang banyak dan ibu bapa sepatutnya menyenangkan urusan anak masing-masing untuk berkahwin.
Ukur baju kat badan sendiri sis, bukan ikut badan mak awak. Yang nak bayar bulanan nanti bakal suami awak ya, bukannya mak awak nak bagi duit. – netizen