Selepas menyertai sebuah program realiti, anak perempuan kepada pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah, iaitu Audra sering menjadi perhatian warganet dan tidak terlepas daripada menerima kecaman di media sosial.
Menerusi perkongsian dalam podcast Too Pretty To Handle, Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar, 51, menjelaskan dia memilih pendekatan untuk tidak memberi sebarang reaksi terhadap komen negatif yang dilemparkan terhadap dirinya dan anak.
“Saya cuba untuk tidak jawab. Jangan balas dan jangan respon sangat sebab mereka tidak tahu.”
“Baca juga (kecaman), tapi tak (beremosi). Tapi saya sedih dengan mereka. Kesian dengan mereka.. baru lepas mengaji pun cakap benda tak elok.. sembahyang lima waktu tapi cakap menyakitkan orang.. mungkin kadang-kala saya akan berfikir begitu.”
Bagaimanapun, sebagai seorang ibu, Shahirah mengakui dia sentiasa menasihati anak perempuannya, Audra atau lebih mesra disapa Odah, agar tidak melayan atau berbalah dengan warganet.
“Kalau kita nak terangkan.. apa lagi yang kita boleh betulkan mereka? Saya cakap pada Odah, ‘mereka ini akan selalu nak menang, kau jangan gaduh dengan mereka’.”
Dalam masa sama, Shahirah turut meluahkan rasa terkilan apabila ada pihak yang sering mempertikaikan peranannya sebagai ibu, seolah-olah dia tidak pernah menegur atau mendidik anak-anaknya.
“Mereka asyik cakap, ‘mak kau tak ajar ke?’”
“Kita ajar, ingat senang ke anak-anak nak dengar? Tapi saya bersyukur, ada yang dekat dan kenal dengan saya.. itu sudah cukup,” ujarnya.
Perkongsian itu mendapat perhatian ramai yang memuji ketenangan serta kebijaksanaan Sharifah Shahirah dalam menangani kecaman, selain menyifatkan pendekatannya sebagai contoh kematangan dalam menghadapi tekanan media sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pad apautan di bawah.
