‘Mak Kau Tak Ajar Dari Kecik Ke?’ – Tony Eusoff Selar Kenyataan Provokasi Isu Tuala Wanita

Hiburan

‘Mak Kau Tak Ajar Dari Kecik Ke?’ – Tony Eusoff Selar Kenyataan Provokasi Isu Tuala Wanita

Baru-baru ini, tular di Twitter status provokasi laman kumpulan politik menyelar tindakan perwakilan wanita mengagihkan tuala wanita di tempat awam. Katanya, agihan yang dibuat mencalar maruah seorang perempuan memandangkan tuala wanita dipakai di kawasan intim.

Advertisement

Status tersebut ternyata telah mengundang pelbagai respon daripada orang ramai. Mereka menganggap kenyataan yang dibuat bersifat seksis. Malah, seorang individu menjelaskan agihan dibuat mempunyai mesej yang ingin disampaikan. Ianya berkaitan dengan kebersihan dan kesihatan wanita.

Aktor, Tony Eusoff turut bersuara menyelar kenyataan provokasi yang dikeluarkan. Katanya, sebagai seorang lelaki dia langsung tidak malu dengan fitrah seorang perempuan.

Katanya lagi, sejak kecil dia sudah biasa dengan lumrah wanita yang datang haid setiap bulan. Dia turut mempersoalkan mengapa tuala wanita dianggap memalukan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Tony Eusoff

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

6 Comments

  1. ex sajad

    March 12, 2021 at 9:10 am

    halah halah halahhhhhhhhh.. apeke bengong punya pemikiran. low class.
    itu bungkusan pad je kot. lain lah kalau dia pegi tayang pad jijik berdarah macam sajat perempuan fuhh upload kat IG tu, layaklah nak dikeji.
    ini PAD kot? Pad. buduh.

  2. selangit

    March 12, 2021 at 8:56 am

    kelakar ada lagi yang panggil modes. zaman mana dia ni. ayah aku pun rilek je belikan untuk anak2 perempuan dia. sama je lah macam beli spender. sorok beli pun orang tau kau pakai. lebih malu kalau period tapi tak pakai pad. gila ke.

  3. cLn

    March 11, 2021 at 4:48 pm

    Dia ingat ni zaman Sanita kotak ijo dgn bunga putih kecik2 tu ke…biler gi beli kat kedai, apek siap bungkus sokkabor…apo??!!! Ketinggalan btol..artis mcm Adibah Noor pn pun siap jd duta librese ler…kuno btol pasal pad pn nk kecoh libat2kan maruah plak..

  4. Anonymous

    March 11, 2021 at 4:20 pm

    zaman bila oi beli pad kena masuk plastik hitam? igt tapau nasi time puasa ke?? lol, relax lah. takde sape pun yg triggered pasal tuala wanita ni except si pengomen tersebut. takkanlah guna tuala wanita dikira tak bermaruah? bukan pakai tgh2 alam. kuno betul. aku igt tadi cerita pasal tuala wanita yg dah kotor ke hapa?! cis!

  5. tecit

    March 11, 2021 at 4:02 pm

    exactly tony! die igt kte ni ketinggalan zaman ke mcm org2 kt india. india smpai skg pad n period tu sesuatu yg taboo yg xboleh dibincang dpn2. pdhl benda tu lumrah manusia kot. bile benda2 mcm ni dibicarakan secara depan2/ menyeluruh sbb tu yg malu2. buat pe nk malu. benda asas kott

Loading...