‘Mak Kau Tak Ajar Dari Kecik Ke?’ – Tony Eusoff Selar Kenyataan Provokasi Isu Tuala Wanita

Hiburan

‘Mak Kau Tak Ajar Dari Kecik Ke?’ – Tony Eusoff Selar Kenyataan Provokasi Isu Tuala Wanita

Baru-baru ini, tular di Twitter status provokasi laman kumpulan politik menyelar tindakan perwakilan wanita mengagihkan tuala wanita di tempat awam. Katanya, agihan yang dibuat mencalar maruah seorang perempuan memandangkan tuala wanita dipakai di kawasan intim.

Advertisement

Status tersebut ternyata telah mengundang pelbagai respon daripada orang ramai. Mereka menganggap kenyataan yang dibuat bersifat seksis. Malah, seorang individu menjelaskan agihan dibuat mempunyai mesej yang ingin disampaikan. Ianya berkaitan dengan kebersihan dan kesihatan wanita.

Aktor, Tony Eusoff turut bersuara menyelar kenyataan provokasi yang dikeluarkan. Katanya, sebagai seorang lelaki dia langsung tidak malu dengan fitrah seorang perempuan.

Katanya lagi, sejak kecil dia sudah biasa dengan lumrah wanita yang datang haid setiap bulan. Dia turut mempersoalkan mengapa tuala wanita dianggap memalukan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Tony Eusoff

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...