Kali ini, giliran pembantu peribadi Shila Amzah iaitu Aini Shuhaidah pula bersuara dan berkata dirinya sudah hilang sabar dengan sikap adik-beradik penyanyi tersebut selama 13 tahun bersama.
Kata Aini, dia tidak berpuas hati apabila adik Shila iaitu Amir Shafiq memanggilnya dengan gelaran ‘balaci’ sewaktu melakukan live TikTok, semalam.
Aku ni sudah 13 tahun bekerja, luar dalam korang ada dekat tangan aku.
Dalam pada itu, Aini mendedahkan dirinya ada mengajak Shafiq untuk berjumpa, namun lelaki terbabit mengelak dari keluar dari rumah untuk berbincang.
Bahkan, Aini berkata dia bersikap kurang ajar terhadap ibu mereka, Datin Fauziah kerana wanita itu memulakan dulu dengan menyebut nama ibunya.
Aku diam dari awal sampailah Datin Fauziah Sarman aka mak kau petik nama mak aku dulu. Panggil aku anak tak berguna.
Tambahannya lagi, tahap kesabaran Aini sudah menipis dan akan mengingati segala hal yang dilakukan oleh keluarga itu terhadap dirinya.