“Mak Kanser Stage 4, Ayah COVID-19 Kategori 5..” – Jadi Ketua Keluarga Di Usia 18 Tahun, Gadis Luah Perasaan

Kehidupan

“Mak Kanser Stage 4, Ayah COVID-19 Kategori 5..” – Jadi Ketua Keluarga Di Usia 18 Tahun, Gadis Luah Perasaan

Untuk menjadi ketua keluarga itu bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan buat seseorang, lagi-lagi jika tugas tersebut di pikul oleh seorang gadis yang baru saja berumur belasan tahun.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang di platform TikTok ini, apabila memberitahu dirinya terpaksa menyara kedua ibu bapa yang sedang sakit dan adik beradik yang masih berada di bangku sekolah.

Advertisement

Gadis tersebut meluahkan rasa beban menjadi ketua keluarga seawal usia 18 tahun dan perlu memikul tanggungjawab yang besar untuk menjaga seisi keluarganya.

Tanggungjawab ini terpaksa dipikul oleh gadis yang kini sudah berusia 21 tahun itu apabila ibunya disahkan menghidap kanser tahap 4 pada tiga tahun lalu dan bapanya pula terkena jangkitan COVID-19 kategori 5 hingga perlu ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Difahamkan juga, hati bapanya kini sudah rosak.

Dalam pada itu, gadis terbabit juga berasa segan berniaga bunga di tepi jalan dan cemburu melihat rakan-rakannya boleh melawa, sedangkan dirinya perlu mengutamakan adik dahulu.

komen tiktok

komen tiktok

Video luahan berkenaan telah mendapat perhatian ramai pengguna platform terbabit dan sebanyak 80 ribu tontonan daripada warganet.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakkan netizen berasa simpati atas apa yang sedang dilalui oleh gadis muda tersebut dan mendoakan agar dia kekal kuat hadapi ujian ini.

Ada juga netizen berharap agar adik beradik gadis terbabit akan membalas jasa kakaknya di masa hadapan serta sedar akan pengorbannya untuk mereka selama ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

2 years ago

Baru Dibebaskan Lepas Bayar Ikat Jamin RM20K, 'Pelawak' Hina Islam Terus Ditahan Penguatkuasa JAWI Pula

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...