“Mak Bapak B*doh” – Maryam Menangis Dikecam Netizen Gara-Gara Beri Anak Pegang Garpu

Hiburan

“Mak Bapak B*doh” – Maryam Menangis Dikecam Netizen Gara-Gara Beri Anak Pegang Garpu

Personaliti media sosial terkenal, Maryam dan Ryzal Ibrahim berdepan kecaman sesetengah netizen gara-gara membiarkan anak mereka, Baby Rina memegang garpu sendiri.

Individu tersebut telah memanggil mereka dengan gelaran ‘stupid parents’ ataupun mak bapa yang bodoh hanya kerana tindakan mereka itu ketika makan di sebuah restoran.

Advertisement

Difahamkan, Baby Rina tidak dibiarkan berseorangan malah ditemani Maryam yang sentiasa di sisi sambil memerhatikan si kecil itu.

Perkara itu telah membuatkan Maryam berasa tertekan sehingga membuatkan dia mengalirkan air mata.

Kata Maryam, dia sudah lama memendam rasa dan terguris hati apabila membaca komen-komen netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maryam Younarae (@maryamyunrrr)

Dia juga merasakan bahawa dirinya bukanlah ibu yang baik buat Baby Rina meskipun telah mencuba pelbagai perkara dan menjadi yang terbaik untuk anaknya.

Norreen Iman
1 year ago

"Sakit Pun Tetap Kelakar" - Norreen Iman Hidap Slip Disc, Video Bersenam Atas Katil Bersama Suami Jadi Tumpuan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...