“Mak Bapak Aku Kau Jangan Main” – Meerqeen Berang Netizen Kaitkan ‘Parents’ Gara-Gara Tak Kongsi Isu Palestin

Hiburan

“Mak Bapak Aku Kau Jangan Main” – Meerqeen Berang Netizen Kaitkan ‘Parents’ Gara-Gara Tak Kongsi Isu Palestin

Pelakon Meerqeen meluahkan rasa berang apabila ada netizen yang mula ‘memetik’ ibu-bapanya gara-gara tidak menunjukkan sokongan terhadap umat Islam di Palestin.

Ujar Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam,22, perkara itu tidak patut terjadi dan ibu bapanya tidak perlu dikaitkan dalam isu ini.

Advertisement

Mak bapak aku kau jangan main. Takkan pernah sekali aku tunduk dengan manusia. Kau ingat tu.

Pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu berkongsi perkara demikian menerusi satu hantaran di Instagram Story.

Difahamkan, seorang individu menyifatkan pelakon itu sebagai anjing Israel dan mengatakan rezeki yang diterima ibu bapa Meerqeen adalah daripada Israel dan bukannya Allah S.W.T.

Terdahulu, Meerqeen tampil memberi respon setelah dirinya dikecam kerana tidak menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin.

meerqeenSumber : instagram  

Ramai manusia nak jalankan kerja Tuhan. Aku tahu apa aku buat untuk saudara kita di Palestin. Aku tak perlu tunjuk pun bantuan apa yang aku beri pada mereka untuk senangkan hati manusia lain.

Ada juga pihak yang memuat naik semula gambar Meerqeen bersama pelakon Gal Gadot di sebuah acara perasmian kedai barangan kemas berjenama mewah di New York.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

meerqeen
1 year ago

Meerqeen Tetap Dikecam Lepas Keluar Kenyataan, Diperli 'Play Safe' Takut Kontrak Dibatalkan - "4 Perenggan Tulis, Takde Satu Pun Perkataan Palestin"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...