“Mak Bapak Aku Hidup Lagi Tau Han*t!” – Ezzanie Jasny

Hiburan

“Mak Bapak Aku Hidup Lagi Tau Han*t!” – Ezzanie Jasny

Pelakon Ezzanie Jasny nekad membuat laporan polis selepas berterusan diganggu oleh individu tidak bertanggungjawab yang menggunakan akaun palsu atas namanya, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan diri serta ahli keluarganya.

Ezzanie atau nama sebenarnya Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 27, berkata penyamar berkenaan masih aktif meninggalkan komen keji di beberapa akaun media sosial individu lain, malah turut membuat hantaran palsu mendakwa ibu bapanya telah meninggal dunia.

Advertisement

ezany jasny

“Aku tengah tahan nak marah. Apa yang dia dengki sangat dengan aku? Setahu aku, aku takde kacau kehidupan siapa-siapa pun.”

“Kau ini sumpah melampau. Siap post (muat naik) gambar mak bapak aku cakap ‘salam takziah’.”

“Mak bapak aku hidup lagi tau,” katanya menerusi beberapa hantaran di Instagram Story.

Pelakon drama bersiri Dia Bukan Syurga itu turut mendedahkan tangkap layar mesej peribadi daripada akaun palsu berkenaan yang berunsur ugutan.

Lebih membimbangkan, individu terbabit didakwa secara terbuka menyatakan niat untuk terus mengganggunya serta ahli keluarganya.

“Aku takkan berhenti, aku akan balas satu keluarga kau bukan TikTok je aku buat,” demikian mesej yang didakwa dihantar oleh individu tersebut.

Tambah Ezzanie, gangguan yang diterima bukan sahaja melibatkan komen negatif, malah turut membabitkan penyebaran maklumat palsu dan sensitif.

Antara yang paling melukakan perasaan adalah tindakan memuat naik kandungan ‘salam takziah’ kononnya berkaitan kematian ibu bapanya, sedangkan kedua-duanya masih hidup.

“Tahan aku dari marah. Ya Allah, apa masalah kau manusia? Panasnya hati aku ini,” luahnya menerusi satu lagi hantaran.

Selain membuat laporan polis, Ezzanie memaklumkan dia akan terus mengemas kini pihak berkuasa sekiranya gangguan tersebut berlarutan.

“Bagi penjelasan, ada akaun palsu yang masih menggunakan gambar saya meninggalkan komen di siaran langsung akaun lain.”

“Komen tersebut bukan daripada saya. Laporan polis sudah dibuat dan perkara ini juga saya akan maklumkan kepada pihak berkuasa,” ujarnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-01-06 15:51:11

Nama Pelakon Lelaki Kena 'Petik' Isu 'Yeye' Dalam Kem Pegawai - "Tak Payah La DM, Set*n Betul.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...