“Mak Bapa Kamu Yang Setuju” – Pelakon Rafidah Ibrahim Lantang Bersuara, Pemilik Rumah Kampung Sungai Baru Tampil Beri Penjelasan

Hiburan

“Mak Bapa Kamu Yang Setuju” – Pelakon Rafidah Ibrahim Lantang Bersuara, Pemilik Rumah Kampung Sungai Baru Tampil Beri Penjelasan

Kecoh baru-baru ini apabila pelakon dan penyanyi Rafidah Ibrahim ada memuat naik sebuah video dia menyeru semua penduduk Kampung Sungai baru agar tidak berpindah dan kekal menetap di kediaman masing-masing.

Difahamkan, seruan itu dilakukan setelah satu syarikat pihak pemaju menawarkan pampasan bagi pewartaan pengambilan tanah kampung tersebut pada Jun tahun lalu.

Advertisement

Rafidah yang juga salah seorang penduduk di kawasan itu kemudian berasa terpanggil untuk membuat video itu.

Namun begitu, seorang pemilik telah tampil memberi penjelasan serta situasi sebenar yang berlaku di kampung berkenaan.

@madaninomics

Bila sudah setuju terima pampasan, maksudnya tanah itu sudah jadi milik pemaju. Atas dasar perikemanusiaan pemaju sahaja mereka tidak gunakan kekerasan menghalau penduduk. Sebab itu mereka boleh pasang tiang dan sebagainya, sebab tanah itu sudah jadi milik pemaju.

? original sound – MadaniNomics ?? – MadaniNomics ??

Individu itu mendakwa penduduk di situ sudah pun mendapat pampasan termasuklah Rafidah dan keluarganya.

Hentikanlah apa-apa fitnah yang disebarkan kerana kamu tidak duduk di situ, kamu tak faham. Kamu tak ikut apa perkembangan daripada awal. Tiba-tiba kamu muncul mengatakan kita ni yang JV dengan pemaju ini adalah orang yang tidak bertanggungjawab.

Yang sekarang duk bising rumah itu bukan nama kamu. Masa arwah nama mak bapa kamu. Semasa perjumpaan dulu ialah mak bapa kamu yang setuju. Pada saya, pampasan yang kamu dapat tu seimbang. Dulu mak bapa you beli rumah tu berapa, tak sampai pun RM10,000.

“Kalau you adik beradik ramai, you kena bahagi, pembahagian tu memang you dapat sikit. Itu yang buat you tak puas hati. Tapi sebenarnya kena bersyukur” kata wanita itu lagi.

Terdahulu, sekumpulan penduduk asal Kampung Sungai Baru berhimpun dan mengecam tindakan seorang artis wanita yang mencetuskan isu terhadap pembangunan kawasan itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Koc wanita majoriti minta dihapuskan
4 months ago

Ramai Memilih Untuk Dihapuskan Sistem Kemudahan Koc Wanita - Hasil Tinjauan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...