Mak Ayah Tak Suka Anak Makan Jajan, ‘Warning’ Dalam WhatsApp Jangan Bawa Makanan Ringan Waktu Jamuan Kelas

Kehidupan

Mak Ayah Tak Suka Anak Makan Jajan, ‘Warning’ Dalam WhatsApp Jangan Bawa Makanan Ringan Waktu Jamuan Kelas

Sejak akhir-akhir, isu yang berkaitan dengan sekolah sering kali kita dapat lihat di platfrom portal ataupun media sosial. Sama ada isu seperti yuran Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG), majlis graduasi di hotel, jamuan kelas dan banyak kali.

Merungut bawa makanan ringan

Jamuan kelas hujung tahun semeangnya merupakan satu majlis yang dinanti-nantikan pelajar, lagi-lagi dapat makan pelbagai juadah makanan yang dibawa oleh rakan kelas.

Advertisement

Tetapi luahan seorang guru dan pempengaruh media sosial di Facebook baru-baru ini telah menarik perhatian ramai apabila dia memberitahu ada segelintir ibu bapa tidak suka apabila ada makanan ringan sewaktu jamuan kelas.

Ada segelintir mak ayah tak suka sungguh apabila jamuan sebegini dihidang jajan. Mereka memang haramkan anak-anak mereka makan jajan.

Hidangan ‘syurga’ buat kanak-kanak

Katanya lagi, dia tidak salah untuk ibu bapa memberi pengeculian sehari dua buat anak-anak makan makanan ringan, terutama saat menyambut jamuan kelas bersama rakan sekelas lain.

Baginya, itu merupakan nikmat buat anak-anak kecil dan boleh menjadi memori buat mereka apabila sudah besar kelak.

Habis dia marah dalam grup WhatsApp warning mak ayah jangan sesekali bawa jajan untuk jamuan kelas.

Tidak patut ‘sound’ ibu bapa lain

Menurut guru terbabit, tidak patut ibu bapa yang tidak mahu anak-anak mereka makan ‘jajan’ mengamuk di WhatsApp kerana itu sememangnya diluar kawalan semua pihak.

Dia berpendapat ibu bapa tersebut yang bertanggungjawab mengajar anak-anak untuk jangan sekali makan jajan walaupun ditawarkan oleh rakan.

pelajar
10 months ago

Dakwa Boleh Beri Tenaga, Penjualan 'Energy Stick' Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Semakin Tinggi, KKM Bakal Ambil Tindakan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...