Mak Ayah Fatin Tiba Di Mahkamah, Kelibat Prince Syed Berpegangan Tangan Dengan Isteri Turut Jadi Tumpuan – “Peguam Saya Akan Jawab Semua”

Trending

Mak Ayah Fatin Tiba Di Mahkamah, Kelibat Prince Syed Berpegangan Tangan Dengan Isteri Turut Jadi Tumpuan – “Peguam Saya Akan Jawab Semua”

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed, dilihat hadir ke Mahkamah Tinggi Klang hari ini dipercayai bagi mendengar pertuduhan melibatkan keluarga mentuanya.

Prince Syed, atau nama sebenarnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, tiba di perkarangan mahkamah sekitar jam 9.30 pagi, ditemani dua peguam serta isterinya, Fatin Syazwani Ishak, yang kelihatan tenang dan berpimpin tangan sepanjang menuju ke ruang mahkamah.

Advertisement

Prince Syed

Ketika ditemui pihak media, Prince Syed memaklumkan bahawa beliau menyerahkan sepenuhnya kepada peguam untuk menguruskan kes berkenaan.

“Setakat ini kita tak tahu apa-apa lagi, tetapi nanti peguam saya akan jawab semua,” katanya ringkas kepada Gempak.

Terdahulu, keluarga mentua Prince Syed turut hadir ke Mahkamah Tinggi Klang dipercayai bagi menghadapi pertuduhan berhubung kes perselisihan faham yang berlaku awal November lalu.

Sebelum ini, ibu dan bapa mentua Prince Syed, Aminah Haniffa, 55, dan Ishak Saif, 59, bersama dua anak mereka, Muhd Syahmi Faiz, 31, serta Muhd Ikhwan Alif, 22, ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan.

Keempat-empat mereka dilaporkan bermalam di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan) sebelum dibebaskan sekitar jam 7 pagi pada 3 November lalu.

Penahanan keluarga mentua Prince Syed berlaku selepas tular video yang menunjukkan Aminah mendakwa Prince Syed melarikan anak dan cucunya, selain menuduh menantunya itu menggunakan Fatin sebagai “tikus makmal” dan memaksa pembedahan bariatrik untuk tujuan produk.

Keadaan kemudian menjadi tegang apabila berlaku perselisihan faham di Taman Bertih Laut, Teluk Pulai pada 2 November, sehingga membawa kepada penahanan mereka.

Pihak polis mengesahkan siasatan dibuka di bawah Seksyen 324 dan 427 Kanun Keseksaan, dan prosiding di Mahkamah Tinggi Klang masih berjalan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-11-02 19:49:53

"Dia Buat Anak Makcik Macam Tikus Makmal" - Ibu Mentua Prince Syed Dakwa Anak Dan Cucu Dilarikan, Kini Kritikal Di Hospital

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...