Majlis pertunangan Suffian Suhaimi dan Elfira Loy baru-baru ini telah pun dikritik oleh netizen. Ini kerana majlis tersebut berlangsung dengan penuh gilang gemilang, siap tukar baju 2 persalinan. Secara jujurnya Abang Nara suka je tengok majlis pertunangan pasangan ini. Suka hati diorang nak tukar 2 baju ke, 3 baju ke, nak ada pelamin ke, nak penuh bunga ke. Bukannya dia kacau orang lain pun. Yang penting Suffian dan Elfira gembira dengan majlis tersebut.
Namun biasalah orang kita ini memang kuat dengki sikit. Sukar nak bergembira atas kegembiraan orang lain. Untuk tidak lagi mengeruhkan keadaan, Suffian Suhaimi tampil menjelaskan mengapa majlis pertunangannya nampak gah. Katanya:-
Mengikut perancangan awal, kami memang mahu mengadakan majlis bertunang secara kecil-kecilan, dengan hanya membabitkan insan terdekat seperti keluarga masing-masing. Bagaimanapun, Elfira sudah lama berada di pentas seni, jadi ramai juga kenalan rapatnya termasuk artis dan rakan media dijemput. Justeru, liputan yang diterima cukup meluas. Majlis itu sendiri kelihatan gah dan meriah apabila ada banyak pihak sudi bekerjasama. Acara itu akhirnya menjadi lebih besar daripada apa yang dirancang
Saya ke rumah Elfira pun selepas majlis pertunangan selesai. Ketika acara bertunang juga, tiada liputan media kerana mereka cuma diundang selepas selesai majlis sebenar. Jadi, apabila saya datang kemudian berada di situ, banyak gambar kami berdua yang diambil dan dikongsi oleh pihak media serta tetamu lain.
Buat Elfira dan Suffian, persetankan kata-kata orang lain tentang majlis anda. Yang penting anda berdua telah selamat bertunang. Untuk makluman, mereka berdua merancang untuk disatukan sebagai suami isteri pada Mac 2018. Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar. Sama-sama kita doakan. Sumber Berita Harian.