Sering kali kita terdengar tentang budaya di negara jiran yang menganjurkan majlis selawat dan keagamaan tapi diselitkan dengan elemen nyanyian dan hiburan yang mungkin agak janggal bagi kita di Malaysia.
Namun, baru-baru ini tular satu video yang mendakwa seorang ustaz telah mempersendakan satu majlis selawat yang diadakan di Kedah dengan menyelitkan lagu remix nyanyian penyanyi popular, Dua Lipa dengan lagu Bollywood di tengah-tengah majlis.
Dalam video yang tular itu, ia memaparkan seorang ustaz dilihat membuat sedikit pergerakan ketika lagu Bollywood itu dipasangkan sambil disaksikan oleh ustaz yang lain di atas pentas.
Kemudian, mereka beramai-ramai dilihat berselawat dengan berlatar belakangkan lagu Dua Lipa yang bertajuk ‘Levitating’ dan mengikut rentak lagu Bollywood.
Susulan itu, orang ramai mengecam tindakan ustaz-ustaz ini dengan mengatakan mereka mempersendakan majlis selawat itu dan ia tidak sesuai untuk dilakukan di Malaysia.
Namun, ada juga yang mempertahankan ustaz-ustaz tersebut dengan mengatakan video berkenaan tidak dirakam penuh dan perkara ini hanya 2-3 minit sahaja terjadi berbanding program selawat yang diadakan selama berjam-jam lamanya.
Selepas menerima pelbagai komen negatif daripada orang ramai, Ustaz Firdaus Firabib atau nama penuhnya Mohd Firdaus bin Mat Akhir selaku Imam dan Pengerusi Masjid Al Busyra Merbok telah membuat permohonan maaf atas insiden yang berlaku.
Saya berjanji dengan nama Allah dan Nabi Muhammad tidak akan sekali-kali mengulanginya lagi dengan mencemarkan majlis yang mulia. Saya harap Allah mengampunkan segala dosa-dosa saya serta akan dipandang oleh Nabi Muhammad di akhirat kelak.
Saya maafkan semua mereka yang mencaci dan menghina saya dalam ruangan komen dan perkongsian.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.