Pelakon Mira Filzah mendedahkan bahawa dia dan suami tercinta, Wan Emir masih mempunyai empat lagi baki majlis resepsi yang tertangguh gara-gara perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak setahun yang lalu.
Perkara tersebut dimaklumkan Mira ketika dia menjawab soalan peminat yang bertanyakan sama ada dia ingin menyambung majlis resepsi yang belum dilakukan jika mempunyai peluang untuk berbuat demikian selepas ini.
View this post on Instagram
Ujar Mira, empat majlis tersebut merupakan resepsi sebelah keluarga suaminya manakala di belah keluarganya sudahpun selesai.
“Tak sambung kot. Tah lah. Dah nak masuk anniversary dah ni. Keadaan pun tak sesuai…” tulisnya di Instagram Stories.
Kata pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu lagi, dia juga sudah menempah empat jurusolek untuk majlis tersebut namun tiada rezeki.
Menganggap apa yang terjadi mempunyai hikmahnya yang tersendiri, Mira walau bagaimanapun bersyukur kerana sempat melakukan majlis meraikan perkahwinannya bersama ahli keluarga meskipun tidak lengkap bagi keluarga suami tersayang.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.