February 25th, 2018

Malam ini berlangsung majlis resepsi perkahwinan pasangan sensasi Fazura dan Fattah Amin bertemakan ‘fairy tale avant-garde’ di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur. Ia memang bertepatan sekali apabila kita fikirkan bahawa keduanya tidak rapat sebelum bergandingan dalam drama ‘Hero Seorang Cinderella’ arahan Michael Ang sebelum keduanya bercinta dan mengambil keputusan untuk berkahwin setelah beberapa bulan.

Ianya tidak ubah seperti kisah dongeng, bukan? Tambahan keduanya mula bercinta setelah berlakon dalam drama berkaitan Cinderella.


Buat mereka yang menantikan majlis ini, di sini penulis sertakan beberapa gambar dari majlis ini yang sedang berlangsung. Dekorasi majlis ini ialah ilham Reka Temor. Dewan sudah mula dipenuhi tetamu, dengan pelamin berbentuk istana yang istimewa telah disiapkan untuk majlis resepsi ini.

Terdapat panel yang dicetak gambar pasca-perkahwinan Fazura dan Fattah yang diambil khusus buat mereka yang ingin bergambar, dengan pilihan menu yang dinamakan dengan menaik, serta door gift berbentuk pedati dalam kisah Cinderella.

Kumpulan Ruffedge akan membuat persembahan menghiburkan penonton malam ini.

Begitulah tema, hiasan dan dekorasi bagi majlis ini. Buat masa ini pengantin masih belum muncul di majlis, penulis akan kemaskini gambar-gambar resepsi dalam entri seterusnya. Tunggu! – beautifulnara.com


43 responses to “Majlis Resepsi Perkahwinan #FattZura Bertemakan ‘Fairy Tale’”

  1. senyum manis says:

    pesal nak compare majlis artis2 yg lain… cuba laa buka minda korang sikit….ucapkanlah tahniah dan doakan yg baik2…. ni sesuatu yg cukup bagus …. bagi Fattzura…. semoga kekal ke akhir hayat …bagi netizen mulut celupar …sila meninggal ….

  2. kunyit says:

    cantik nampk simple tp ade klass,

  3. Ketamcomel says:

    Adoii.. mcm disneyland lah plok.. bkn mencela… pendapat.. x sesuai ah pelamin tu.. mcm org tue sambut besday ala2 princess.. ??

  4. Anonymous says:

    kalau kawen nak lawan artis mane2 smpai ke sudah pon x kawen n wat pening je nak pikir sape lg hebat, asalkan da kawen dah halal ye sudah drpd kawan lama tapi x de hala tuju pon x guna jugak

Loading...