Majlis Resepsi Khas FattZura Buat Peminat Diadakan Ahad Ini

Hiburan

Majlis Resepsi Khas FattZura Buat Peminat Diadakan Ahad Ini

Bagi melunaskan janji untuk meraikan dan berkongsi rasa gembira sempena majlis perkahwinan mereka, pasangan Fattah Amin dan Fazura akan mengadakan majlis resepsi khas buat peminat Ahad ini.

Advertisement

Difahamkan, seramai 5,000 peminat bertuah akan diundang ke majlis tersebut yang berlangsung di Royala Palace, Shah Alam. Ia adalah hari untuk menghargai peminat yang sering menyokong Fattah dan Fazura selama ini.

Kami mengundang seramai 5,000 peminat untuk sama-sama memeriahkan majlis resepsi kali ini. Acara akan berlangsung pada sebelah siang dan dibahagikan kepada dua sesi bagi memudahkan semua pihak.

Kami juga akan cuba sedaya upaya memuaskan hati peminat yang hadir. Memang menjadi hasrat kami untuk berkongsi kegembiraan bersama mereka yang tidak pernah jemu menyokong kerjaya seni saya dan isteri, selama ini.

Terdahulu, pasangan ini mengadakan majlis resepsi perkahwinan yang cukup meriah dengan tema “fairy tale” di Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur. Majlis tersebut diadakan khas untuk keluarga,teman rapat serta rakan artis kedua-dua belah pihak.

Wah, nampaknya Fattah dan Fazura tidak mahu mengecewakan hati peminat yang tidak pernah berhenti memberikan sokongan kepada mereka. Semoga segala persiapan berjalan dengan lancar. Pasangan ini boleh jadi contoh kepada selebriti lain untuk sentiasa menghargai peminat.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

39 Comments

  1. aries

    March 7, 2018 at 9:12 am

    cara mereka dlam menghargai insan2 yang mereka sayangi mmg patut di conohi
    mengadakan majlis dengan membahagi2 kan para tetamu agar tetamu pun rasa
    selesa dan enjoy dengan majlis yang pengantin sediakan.
    Tahniah Fatah dan Fazura
    semoga mahligai yng terbina kekal . InshaALLAH

  2. sakit mata

    March 7, 2018 at 8:55 am

    Duk sibuk kutuk Lopak tak habis-habis..Pajura tu pun bukannya Malaikat yang ko nak agungkan…sementara orang tengah suka dapat la pujian melambung..hanya anak beranak dia je yang tahu Pajura ni macamana…

  3. Anonymous

    March 7, 2018 at 8:43 am

    all the best fattzura.make it happening k .

  4. Anonymous

    March 7, 2018 at 8:16 am

    those who keeps relating lofa with fattzura are just complete idiot. diorang dah move on korang tak habis2 lagi nak menganjing membawang. enough is enough. fattzura is fattzura they have nothing to do with neelofa. past is past. aku tak tengok pun neelofa ada cari pasal dengan fattzura and vise versa. kalau pasal tarikh launched belofa tu a day after fattzura’s reception i think its just a coincident. atleast dia tak buat on the same date. jangan la nak perasangka buruk sangat. it shows that you guys yg ada problem with her but they are just fine. artis ni tak kenal pun korang. i can imagine how on this date nanti semua membawang pasal lofa. the vibe which suppose to be positive tapi jadi negative cause of these kind of fans. memalukan fans fattzura yang lain.

  5. dalita

    March 7, 2018 at 7:53 am

    cantik dan sopan dia org ni, takda nak shout2 bagai

Loading...