Bagi melunaskan janji untuk meraikan dan berkongsi rasa gembira sempena majlis perkahwinan mereka, pasangan Fattah Amin dan Fazura akan mengadakan majlis resepsi khas buat peminat Ahad ini.
Difahamkan, seramai 5,000 peminat bertuah akan diundang ke majlis tersebut yang berlangsung di Royala Palace, Shah Alam. Ia adalah hari untuk menghargai peminat yang sering menyokong Fattah dan Fazura selama ini.
Kami mengundang seramai 5,000 peminat untuk sama-sama memeriahkan majlis resepsi kali ini. Acara akan berlangsung pada sebelah siang dan dibahagikan kepada dua sesi bagi memudahkan semua pihak.
Kami juga akan cuba sedaya upaya memuaskan hati peminat yang hadir. Memang menjadi hasrat kami untuk berkongsi kegembiraan bersama mereka yang tidak pernah jemu menyokong kerjaya seni saya dan isteri, selama ini.
Terdahulu, pasangan ini mengadakan majlis resepsi perkahwinan yang cukup meriah dengan tema “fairy tale” di Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur. Majlis tersebut diadakan khas untuk keluarga,teman rapat serta rakan artis kedua-dua belah pihak.
Wah, nampaknya Fattah dan Fazura tidak mahu mengecewakan hati peminat yang tidak pernah berhenti memberikan sokongan kepada mereka. Semoga segala persiapan berjalan dengan lancar. Pasangan ini boleh jadi contoh kepada selebriti lain untuk sentiasa menghargai peminat.