Majlis Pernikahan Yusry Dan Lisa Surihani Pada 23 Februari 2012, Majlis Resepsi Pada 26 Februari 2012

Hiburan

Majlis Pernikahan Yusry Dan Lisa Surihani Pada 23 Februari 2012, Majlis Resepsi Pada 26 Februari 2012

Akhirnya teka teki tentang desas-desus pernikahan di antara Yusry KRU dan Lisa Surihani sudah pun terjawap pada kira-kira jam 11.30 pagi tadi. Bertempat di Marriot Putrajaya Resort & Spa, Yusry mengumumkan yang majlis pernikahannya dengan Lisa Surihani akan berlangsung pada 23 Februari 2012 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Majlis resepsi pula akan berlangsung pada 26 Februari 2012 di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

gambar majlis pernikahan yusry dan lisa surihani

Advertisement

Abang Nara yakin dan pasti ramai yang agak kecewa Lisa Surihani tidak menjadi milik mereka, namun sama-samalah kita doakan agar jodoh Yusry dan Lisa berpanjangan sehingga ke akhir hayat. Semoga persiapan untuk majlis pernikahan mereka berdua akan berjalan dengan lancar. Kepada Lisa dan Yusry, Abang Nara ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan tahniah atas berita ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...