Majlis Pernikahan Ditaja RM1.7 Juta, Shuib Dan Watie Sepakat Tiada Majlis Resepsi

Hiburan

Majlis Pernikahan Ditaja RM1.7 Juta, Shuib Dan Watie Sepakat Tiada Majlis Resepsi

Sedia maklum, pelawak Shuib dan usahawan, Watie Hanifiah sudah bertunang pada bulan lalu dan difahamkan tarikh pernikahan akan diadakan pada tanggal 23 Jun 2023.

Difahamkan daripada laporan mStar, pasanagn tersebut telah menerima tajaan sebanyak RM1.7 juta untuk majlis pernikahan mereka.

Advertisement

Dalam pada masa yang sama, Shuib memaklumkan bahawa dirinya serta Watie sudah sepakat untuk tidak melakukan majlis resepsi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Untuk majlis pada 23 Jun nanti, akan ada majlis khatam Al-Quran, berinai dan majlis akad nikah.

Katanya lagi, majlis pernikahan bersama bakal isteri hanya dilakukan secara bersederhana tetapi masih ada pelamin supaya dapat mengambil gambar untuk memori bersama.

Menurut Shuib, dia berasa bersyukur kerana mendapat tajaan lebih RM1.7 juta, termasuk barang kemas tetapi penyampai radio itu juga berkata bahawa majlis nikah tidak sepenuhnya ditaja kerana turut mengeluarkan belanja sendiri.

Sekadar info, Shuib merupakan seorang bapa tunggal yang mempunyai empat orang cahaya mata hasil daripada perkahwinannya bersama Allahyarham Siti Sarah.

Shuib Watie
2 years ago

"Saya Mesej Ucap Takziah, Lepas 5 Bulan Baru Dia Balas" - Watie 'Throwback' Detik Perkenalan Dengan Shuib

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...