Agak mengejutkan juga apabila bapa kepada pelakon Yaya Maembong, Ismail Embong, 66, hari ini telah mengecam majlis perkahwinan anak perempuannya itu dengan pelakon Wan Raja kerana menyisihkan dia sebagai seorang bapa melalui laporan mStar Online.
Ismail meluahkan rasa tidak puas hati kerana pasangan tersebut membazir untuk perkahwinan mereka termasuk mengadakan upacara berinai yang tidak diizinkan untuk diadakan olehnya kerana bercanggah dengan ajaran agamanya sebagai seorang Islam. Katanya melalui Facebook:
Kalau diminta izin, saya tetap haramkan majlis itu (malam berinai) kerana ini bercanggah degan agama saya anuti. Tambah pula, berbagai kritikan diterima, termasuk saya dihina tanpa sebab kerana kononnya ini ritual saya izinkan.
Yaya atau nama sebenarnya Rabbiati Adawiyyah, 38, dan Wan Raja atau nama sebenarnya Saiful Redzuan Abu Bakar, 37, bernikah di Masjid Al-Redhuan Hulu Klang pada 12 Disember dengan sekali lafaz.
Majlis resepsi persandingan telah diadakan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dua hari kemudian. Yaya adalah kakak kepada pelakon Emma Maembong, Shikin Maembong dan Chacha Maembong.
Dalam pada itu Ismail menerusi status Facebook yang sama menjelaskan, dia terkejut ketika berkunjung ke rumah Yaya di Bukti Antarabangsa dekat sini pada 10 Disember lalu iaitu dua hari sebelum anaknya bernikah apabila mendapati pasangan berkenaan mengadakan malam berinai.
Ismail juga kecewa kerana Yaya dikatakan meminta tiga beradiknya, Popo, Chacha serta seorang orang kelainan upaya (OKU) iaitu Amad. yang tinggal bersamanya untuk keluar dari rumah itu kerana dia berhasrat tinggal di kediaman berkenaan dengan Wan Raja selepas berumah tangga.
Berderai juga perasaan saya kerana Amad yang berkerusi roda terpaksa menaiki lif kerana kini mereka terpaksa tinggal di rumah flat.
Keluarga Wan Raja enggan memberi komen berkenaan perkara itu manakala Wan Raja menganggap punca sebenar ayah mertuanya bertindak demikian ialah kerana tiada siapa mengaturkan persiapannya untuk ke upacara akad nikah.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Kesemua anak-anak Ismail khabarnya ketika itu sibuk dengan hal masing-masing hingga tidak mempersiapkan ayah mereka untuk hadir ke majlis tersebut.
Saya tahu dia marah kerana tidak ada siapa yang buat persiapan untuk membawa ke majlis akad nikah kerana Yaya ketika itu sibuk malah adik-beradik yang lain ada penggambaran dan hal masing-masing.
Saya tahu ia mungkin salah kami juga.
Dalam pada itu, Wan Raja menjelaskan majlis malam berinai yang diadakan oleh isterinya sebelum pernikahan sebenarnya dilakukan secara tertutup sahaja.
Tambahnya, perkara itu dirancang oleh adik-beradik isterinya yang mahu meraikan perkahwinan tersebut.
Saya tidak masuk campur hal majlis berinai itu kerana ia adalah idea Yaya dan adik beradik dia lain. Saya datang pun sebab singgah selepas habis penggambaran.
Saya tidak tahu hal itu menimbulkan kemarahan bapanya, tetapi sebelum ini ada juga adik beradik dia yang buat majlis berinai, tiada apa-apa masalah pun.
Wan Raja tidak mahu mengeruhkan keadaan dan turut menafikan yang Yaya telah menghalau adik beradiknya keluar dari rumah tersebut bagi membolehkan mereka tinggal bersama, malah keputusan untuk berpindah ke rumah lain adalah keputusan yang dibuat oleh adik-beradik berkenaan sendiri.
Yaya menangis membaca status FB bapanya kerana dia tidak pernah menghalau adik-adiknya malah kami tidak kisah tinggal bersama. Tetapi mereka bertiga yang tetap mahu keluar tinggal di rumah baru itu.”
Inilah yang dikatakan orang rumah sudah siap tetapi pahat masih berbunyi.
Apa pun kita berharap agar pertelingkahan keluarga ini berakhir dengan baik. Yang penting, sama-sama kita ambil iktibar untuk menjaga hati bapa  pada hari yang penting seperti majlis perkahwinan memandangkan dia ialah wali pernikahan, tak gitu?