Majlis Perkahwinan Yana Samsudin & Fadzil Zahari Ditaja 90%

Hiburan

Majlis Perkahwinan Yana Samsudin & Fadzil Zahari Ditaja 90%

Alhamdulillah. Murah rezeki bakal pengantin baru Yana Samsudin dan Fadzil Zahari ini. Bakal bergelar suami isteri pada 13 Februari ini, majlis perkahwinan mereka menerima tajaan sehingga 90%. Yana hanya mengeluarkan wang sendiri untuk belanja makanan buat para tetamu yang akan hadir. Memang jimat banyak sangat. Wang yang dijimatkan bolehlah diguna untuk menempuhi kehidupan selepas berkahwin.

yana samsudin

Advertisement

Bagi Abang Nara, kalau orang nak taja, kita terima je lah. Bukan senang nak dapat tajaan. Selagi boleh jimat, kita jimat. Tak gitu? Kata Yana:-

Buat masa sekarang persiapan sudah 60 peratus yang siap. Kad jemputan juga baru siap dan saya sedang menghantarnya. Soal penajaan, memang ramai pihak yang sudi menaja. Dari pelamin nikah, sanding, busana kahwin dan cenderahati untuk tetamu semuanya ditaja. Cuma, makanan sahaja saya bayar sendiri.

Saya rasa tidak ada salahnya mewar-warkan majlis perkahwinan ini. Lagi pula saya umumkannya selepas semuanya telah ‘confirm’. Memandangkan dalam tempoh tersebut adik saya dan Fadzil masing-masing sedang bercuti semester, jadi kami sepakat memilih tarikh berkenaan.

Tidak ada sebarang pantang larang seperti orang-orang tua kata yang mana tidak boleh bertemu bakal suami seminggu sebelum bernikah. Bagi saya, dalam soal perkahwinan apa yang penting adalah pernikahan. Saya mengharapkan agar semuanya berjalan lancar

yana samsudin

Semoga segalanya berjalan lancar buat Yana dan Fadzil. Hanya tinggal seminggu sahaja lagi sebelum tarikh pernikahan mereka. Sama-samalah kita doakan. Sumber Media Hiburan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...