Majlis Perkahwinan Satu Ribu Tetamu Budaya Kolot Orang Melayu

Trending

Majlis Perkahwinan Satu Ribu Tetamu Budaya Kolot Orang Melayu

majlis-kahwin-budaya-kolot-orang-melayu

Minggu ini kerap dibincangkan isu majlis kahwin orang melayu yang dibuat secara besar besaran. Isu yang dibincangkan ini berkait isu kewangan termasuk bebanan kewangan yang terpaksa ditanggung oleh pengantin selepas majlis dijalankan.

Advertisement

Isu ini diulas oleh Asrul Muzaffar Mohammed yang mengatakan budaya Majlis Perkahwinan Orang Melayu Adalah Budaya Kolot.

Melalui post facebook miliknya mengatakan

Kalau mampu jemput 300, jemputlah 300. Sunnah buat jamuan (ada ulama mengatakan wajib) tapi mengikut kemampuan. Wajib menghebahkan perkahwinan tersebut tapi di zaman media sosial ini, hebahan melalui Facebook, Twitter atau Instagram sudah lebih dari cukup.

Beliau juga turut menyatakan isu tentang masalah kewangan yang membebankan pasangan muda untuk berkahwin kerana perlu menuntut kemahuan keluarga untuk berbelanja besar semasa majlis dijalankan.

Malah minggu ini ramai lelaki single mencemuh bila saya kata kalau kedua duanya sudah bekerja, girlfren harus tinggalkan boyfren jika selepas 3 tahun mereka belum dinikahkan secara sah.

“Mana cukup nak kumpul duit 3 tahun saja? Kena sara mak ayah, bayar hutang PTPTN, belanja sekolah adik beradik, hantar parents pergi haji bla bla bla…”

Dalam posting tersebut, beliau juga turut memberi contoh seorang Pengarah Eksekutif Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) yang menikahkan dua orang anaknya dengan bajet yang sederhana.

Tuan Norizan Bin Sharif a.k.a Nobisha adalah Pengarah Eksekutif Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) yang telah menikahkan dua orang anak dengan bajet sederhana.

Saya memandang tinggi pada Tuan Nobisha kerana ilmu dan pengalamannya membantu ribuan usahawan kecil membangun bisnes hingga berjaya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...