Setiap pasangan pengantin sudah pasti mahu majlis perkahwinan yang dilangsungkan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Namun, baru-baru ini seorang individu telah berkongsi kemeriahan majlis perkahwinannya bertukar kepada situasi sebaliknya apabila dia mendakwa telah diganggu oleh tetamu ketika acara memotong kek.

gambar hiasan
Menurutnya, tetamu tersebut bukan sahaja digambarkan sebagai seseorang yang sombong, tetapi juga sangat tidak beradab.
Sabtu kelmarin majlis perkahwinan saya dengan suami sebelah keluarga dia.
Majlis berjalan lancar tapi ada satu perkara yang betul-betul buat saya geram berlaku waktu saya tengah potong kek nak bagi keluarga kami dulu.
Tiba-tiba datang seorang perempuan ni, entah dari mana, terus cakap ‘nak ambil kek’ dengan muka sombong sangat. Dia langsung tak tegur kami pengantin.
Lebih mengejutkan, tetamu tersebut ingin memotong kek perkahwinannya.
Lepastu dia nak potong kek sendiri, buat macam majlis dia pula. Saya tahan mulut je kalau tak memang jadi hal.
Dia memang tak ada adab, datang majlis orang kenalah sopan santun sikit.
Jelasnya lagi, dia bukanlah kedekut atau berkira soal makanan namun dia kesal dengan sikap tetamu tersebut yang disifatkan tidak beradab.
Dia ambil kek banyak weh. Half dari kek dia sebat.
Keluarga suami saya ramai tak dapat kek, dahlah kek itu adik ipar saya yang sponsor.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan bahawa isu itu sudah menjadi perkara biasa di majlis perkahwinan.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.