“Majlis Perkahwinan Di Malaysia Antara Yang Tertinggi Di ASEAN, Purata Kos RM50,000 Hingga RM200,000” – Profesor Keusahawanan & Perniagaan UMK

Gaya Hidup

“Majlis Perkahwinan Di Malaysia Antara Yang Tertinggi Di ASEAN, Purata Kos RM50,000 Hingga RM200,000” – Profesor Keusahawanan & Perniagaan  UMK

Majlis perkahwinan di Malaysia kini menjadi semakin mahal dan perkara ini memberikan cabaran kewangan yang sangat ketara kepada ramai pasangan muda.

Memetik laporan The Sun, Profesor Keusahawanan dan Perniagaan dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Datuk Dr Nik Maheran Nik Muhammad berkata, antara punca bajet perkahwinan melonjak di antara RM50,000 hingga RM200,000 adalah disebabkan oleh inflasi, peningkatan kos lokasi dan katering serta tekanan sosial.

Advertisement

majlis perkahwinan

 

Perbelanjaan perkahwinan di Malaysia adalah antara yang tertinggi di ASEAN, dengan purata kos antara RM50,000 hingga RM200,000.

 

Sebagai perbandingan, perkahwinan di Kemboja dan Filipina jauh lebih mampu milik, dengan purata sekitar AS$15,000 (RM71,000) dan AS$4,800 (RM22,800) masing-masing.

Ramai pasangan terpaksa berhutang

Kajian menunjukkan bahawa pasangan Cina cenderung membelanjakan lebih banyak untuk lokasi mewah dan katering gourmet, manakala pasangan Melayu dan India sering mengutamakan hiasan dan jemputan yang meriah.

Peningkatan kos perkahwinan ini memberi kesan kepada semua komuniti, menyebabkan ramai pasangan terpaksa berhutang untuk merealisasikan impian majlis mereka.

majlis perkahwinan

Ada yang ambil pinjaman peribadi atau guna kad kredit sehingga berhutang antara RM30,000 hingga RM100,000.

 

Lebih membimbangkan, Jabatan Insolvensi Malaysia telah mengaitkan beban kewangan berkaitan perkahwinan dengan peningkatan kes kebankrapan dalam kalangan golongan muda.

Beliau turut berkata, masalah kewangan ini menjadi salah satu sebab utama ramai anak muda Malaysia, terutamanya lelaki Cina memilih untuk menangguhkan perkahwinan.

Statistik menunjukkan kadar perkahwinan dalam kalangan masyarakat Cina Malaysia telah merosot dengan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini, daripada 9.8 per 1,000 pada 2016 kepada hanya 6.6 pada 2022. Trend ini terus menurun pada 2024.

 

Seiring dengan peningkatan kos sara hidup dan harga hartanah, kadar perkahwinan mungkin akan terus menurun melainkan keadaan ekonomi bertambah baik.

Buat tabung simpanan untuk kahwin

menabung

Menurutnya, bagi mengelakkan tekanan kewangan, perancangan majlis perkahwinan yang bijak adalah sangat penting, justeru beliau menasihatkan agar pasangan yang ingin berkahwin untuk menetapkan bajet yang jelas dari awal agar mampu merancangan mengikut kemampuan.

Digalakkan juga untuk mewujudkan tabung simpanan perkahwinan yang boleh membantu menampung perbelanjaan tanpa bergantung kepada pinjaman.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah

adik ipar pakai veil masa wedding abang
4 days ago

Adik Ipar Pakai 'Veil' Di Hari Perkahwinan Teruk Dikecam, Pengantin Tampil Bersuara - "Saya Sudah Tahu Lebih Awal, Dia Nampak Cantik"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : The Sun

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...