Majlis Akad Nikah Dibenarkan Di Premis Sewaan Kini

Berita

Majlis Akad Nikah Dibenarkan Di Premis Sewaan Kini

Sudah lama majlis akad nikah berlangsung hanya di masjid dan pejabat agama sejak berlakunya pandemik Covid-19.

Mila Jirin
1 bulan lalu

Dapat 'Green Light' Buat Majlis Kahwin, Mila Jirin Tarik Nafas Lega

Kini, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membenarkan majlis akad nikah untuk berlangsung di tempat-tempat sewaan seperti hotel, dewan, butik pengantin dan tempat khas bermula 5 November.

Advertisement

Walaupun banyak tempat-tempat sudah dibenarkan, namun Jawi masih tidak membenarkan majlis ini dilakukan di rumah atau kediaman persendirian.

Menurut Kosmo, Jawi menetapkan kehadiran majlis akad nikah di pejabat seramai 10 orang, termasuk jurunikah dan dua orang saksi. Majlis ini juga hendaklah tidak melebihi 20 minit.

Ia termasuk pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, ibu pengantin perempuan, kedua ibu bapa pengantin lelaki, jurunikah, dua orang saksi pihak jawi atau masjid dan seorang jurugambar.

majlis nikah

Advertisement

Selain itu, kehadiran hadirin ke premis sewaan pula hendaklah tidak melebihi 50 peratus kapasiti ruang dan penjarakan fizikal serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Bagi kehadiran di masjid pula, jumlah kehadiran maksimum dibenarkan adalah seramai 20 orang dan tertakluk keluasan ruang serta mengamalkan penjarakan 1 meter.

Tetamu yang dibenarkan untuk hadir ke majlis akad nikah hanya kepada mereka yang sudah lengkap dua dos vaksinasi. Jadi, kalau ada yang belum lengkap dos vaksinasi tu janganlah cuba-cuba untuk datang okay?

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    November 6, 2021 at 9:02 am

    ape beza buat kt umah dgn buat kt premis sewaan?

  2. Peminat BN

    November 5, 2021 at 5:46 pm

    Mcmana la blh sikit sgt kehadiran org yg dibenarkan sedangkan solat Jumaat kat masjid pun dah benarkan sampai 700 orang

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...