Pelakon dan pengarah terkenal iaitu Ogy Ahmad Daud telah mencuri perhatian orang ramai selepas memuat naik sebuah hantaran di laman Facebook miliknya, baru-baru ini.
Menerusi hantaran tersebut, Ogy atau nama sebenanya Fauziah Ahmad Daud mendedahkan dia telah dirisik dan dipinang oleh seseorang dan telah menerima pinangan tersebut.
Malah, pelakon berusia 60 tahun itu turut mengakui tidak sabar menunggu majlis yang bakal diadakan pada minggu hadapan.
Pada mulanya dirisik, kemudiannya masuk meminang. Pinangan diterima. Majlis minggu depan, tak sabarnya kita.
Menerusi hantaran berbeza di laman Instagram, pelakon Ali Setan itu telah memuat naik hantaran sama dengan kapsyen meluahkan rasa gementar menunggu detik bahagia ini setelah sekian lama.
Berdebar-debar hatinya. Setelah Sekian Lama. Akhirnya, Alhamdulillah..
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah mempersoalkan siapakah jejaka yang menjadi pilihan hati Ogy dan turut menitipkan ucapan tahniah serta mendoa kebahagiaan buat pelakon itu dan pasangannya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.