Majlis Kahwin Amira Othman & Fattah Amin Dalam Masa Terdekat? Irfan Haris Beri Hint – “Segenap Rasa, Segenap Takdir”

Hiburan

Majlis Kahwin Amira Othman & Fattah Amin Dalam Masa Terdekat? Irfan Haris Beri Hint – “Segenap Rasa, Segenap Takdir”

Penyanyi Irfan Haris sering menjadi tumpuan disebabkan gemar berkongsi dan memberi ‘hint’ tentang kakaknya, Amira Othman dan Fattah Amin.

Terbaru, menerusi TikTok Irfan Haris sekali lagi meraih perhatian gara-gara hantarannya yang dikatakan seolah-olah memberi bayangan kakaknya bakal mendirikan rumah tangga dengan Fattah Amin seperti yang heboh sejak kebelakangan ini.

Advertisement

Menerusi hantaran itu, Irfan telah berkongsi foto memaparkan mereka sekeluarga dan kelibat Fattah yang berpakaian warna sedondon dengan Amira menjadi bualan netizen.

Macam mana semua sepantas ini ya Kak Ya? Kita buat-buat tak faham saja la…

fattah amin dan keluarga amira othman

Persoalan itu diutarakan Irfan ibarat memberi maksud sekelip mata, mereka sudah dewasa. Hantaran tersebut turut memaparkan foto lama mereka dua beradik ketika Irfan masih kecil.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat Irfan memberi bayangan bahawa Amira dan Fattah bakal disatukan tidak lama lagi.

Malah, sesetengah berseloroh mengatakan kali ini bayangan yang diberikan sahih dan boleh dipercayai memandangkan ia datang daripada ahli keluarga sendiri.

fattah amin
2025-08-21 10:49:06

Spekulasi Kahwin Fattah Amin, Pengurus Beri Respon - "Jangan Risau, Kami Akan Kongsi"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...