Memberi pandangan tentang cara majikan mengambil pekerja pada zaman kini, nama pelakon dan penyanyi Adibah Noor mendapat perhatian warganet apabila dilihat berani bersuara berkenaan isu tersebut.
Menurutnya, selain pihak majikan harus berterus terang tentang jumlah gaji yang ditawarkan kepada individu yang bakal bekerja, Adibah menegaskan supaya setiap majikan haruslah bersikap profesional dengan tidak membandingkan para pekerja kini dengan pekerja zaman dahulu.
Perkara itu dikongsikan kepada umum di laman Twitter miliknya baru-baru ini.
dear future employers,
kalau nak recruit new employees, cakap je terus terang brapa gaji u all nak offer.
hentikanlah nak compare bekbudak sekarang punya challenges/way of thinking dengan zaman you.dah lain dah.
try looking at things from THEIR perspective.good luck semua.
— ADIBAH NOOR ??? (@adibahnoor) July 19, 2020
“Kepada para majikan di luar sana, kalau nak ambil pekerja baru, cakap sahaja terus terang berapa gaji yang ditawarkan. Hentikanlah perbandingan antara cara berfikir dan cabaran budak-budak sekarang dengan zaman awak.”
Ujar Adibah lagi, peredaran zaman yang dilihat agak drastik kini telah membawa perubahan dalam sistem kerja, malah tidak lupa untuk menggalakan lagi para majikan supaya menilai sesuatu perkara berdasarkan perspektif pekerja zaman kini.
Seperti sudah dijangka, rata-rata pengguna laman tersebut seakan bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Adibah. Selain itu, wujud juga segelintir pihak yang turut berkongsi masalah yang pernah dialami mereka sendiri ketika menghadiri sesi temuduga.
Sehingga kini, tweet yang dikongsi Adibah itu dilihat telah mendapat lebih 18 ribu tanda suka dan 21 ribu ulang kicau sebagai tanda sokongan para pekerja kini dengan fakta yang dibawa oleh Adibah ke mata individu yang bergelar majikan.