Dalam keadaan ekonomi sekarang ada pekerja yang sering menukar pekerjaan dari satu syarikat ke syarikat lain. Ada juga trend ‘job hopping’ yang berlaku dalam kalangan pekerja. Keadaan ini sudah semestinya memberikan kerugian kepada syarikat yang kehilangan pekerja mereka.
Pastinya untuk mengekalkan pekerja terbaik dalam syarikat pelbagai usaha dilakukan oleh majikan. Taktik seorang majikan ini dalam mengekalkan pekerja terbaik syarikatnya berjaya menarik perhatian ramai.
Majikan ini membantu pekerjanya untuk membayar semula bayaran pinjaman PTPTN.
Pengarah Urusan Vector Infotech, Hii Ding Sin mengambil inisiatif ini untuk tidak kehilangan pekerja dan pelatih industri terbaik di syarikatnya. Menurutnya juga bukan mudah untuk melatih pekerja apatah lagi untuk mendapat pekerja yang terbaik.

“Sebaik sahaja mereka tamat latihan industri, mereka akan ditawarkan pekerjaan di syarikat saya. Kita tengok maklum balas dari penyelia mereka dan syarikat akan bantu membayar pinjaman PTPTN.”

Kesemua ketua jabatan seudah dimaklumkan untuk menyelia pekerja terbaik untuk diberikan manfaat ini. Selain itu, syarikat ini juga turut mendapat pelepasan cukai dalam usaha membantu pekerjanya.
Jadi kiranya dua-dua pihak ada mendapat untung lah daripada situasi ini. Yang penting, jangan jadi kacang lupakan kulit pula lepas ni.
Sumber: Malay Mail