Majikan Di Kelantan, Perlis & Sabah Bakal Berdepan Kesukaran Bayar Gaji Minimum RM1700

Berita

Majikan Di Kelantan, Perlis & Sabah Bakal Berdepan Kesukaran Bayar Gaji Minimum RM1700

Boleh dikatakan selepas Perdana Menteri Malaysia mengumumkan kenaikan kadar gaji minimum kepada RM1700, ramai pemain industri dan pemilik bisnes meluahkan rasa bimbang dengan kesan kenaikan tersebut.

Difahamkan, negeri Kelantan, Perlis dan Sabah bakal berdepan dengan kesukaran dalam memenuhi tuntutan Belanjawan 2025 itu yang meminta paras gaji minimum dinaikkan ke RM1700.

Advertisement

pejabat

Hal ini dilaporkan oleh pihak Utusan bersama Dewan Perniagaan dan Perindustrian, di mana negeri terbabit memiliki saiz pasaran ekonomi yang lebih kecil diikuti pula dengan kos sara hidup yang rendah.

Tambahan pula, di Sabah wujud isu permasalahan kos bahan mentah yang tinggi dan secara purata, negeri Kelantan hanya menawarkan RM1645, diikuti Perlis dengan RM1682 dan Sabah bernilai RM1882.

duit

Dilihat dengan tekanan tersebut, dijangkakan aturan itu akan mengambil sedikit masa untuk dilaksanakan secara menyeluruh, biarpun ia telah ditetapkan untuk Belanjawan 2025.

2 months ago

Gaji Minimun Dinaikkan Ke RM1700, Ini Beberapa Intipati Belanjawan 2025 Yang Perlu Diketahui

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Rnggt

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...