Demam Dan Batuk Tapi Tak Pergi Klinik, Majikan Ini Paksa Staf Bekerja Semasa Perintah Kawalan Pergerakan

Trending

Demam Dan Batuk Tapi Tak Pergi Klinik, Majikan Ini Paksa Staf Bekerja Semasa Perintah Kawalan Pergerakan

Wabak COVID-19 di negara kita semakin merunsingkan semua banyak pihak. Kerajaan juga telah memikirkan jalan untuk menghentikan wabak ini dari terus merebak kepada rakyat.

Semalam sepatutnya adalah hari pertama negara kita melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan. Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin lalu, beliau telah memerintahkan bahawa beberapa syarikat terpaksa ditutup sepanjang Perintah Kawalan tersebut dijalankan.

Advertisement

Baca: Perdana Menteri Umumkan Perintah Kawalan Pergerakan Mulai 18 Mac Sehingga 31 Mac Ini

Tetapi masih lagi ramai yang tetap mengingkari arahan tersebut dan meneruskan aktiviti harian mereka seperti biasa. Tidak ketinggalan, terdapat beberapa syarikat yang masih beroperasi seperti biasa untuk mengelakkan kerugian.

Hal demikian, menyebabkan beberapa pekerja terpaksa meneruskan pekerjaan mereka sekali gus mengingkari arahan kerajaan demi memenuhi arahan majikan mereka. Nasib dan keselamatan pekerja seolah-olah tidak terbela kerana ada dari mereka yang perlu bekerja dari rumah tanpa diberi gaji.

Melalui perkongsian yang diperoleh di Twitter, terdapat ramai individu yang meluahkan rasa tidak puas hati kerana diperlakukan sedemikian. Perkongsian bermula dari tweet berikut:

Twitter

“Boss tak nak tutup kedai dan perlu bekerja macam biasa”

“Boss fikir pekerja risaukan cuti tanpa gaji”

Luahan pekerja

“Majikan demam, bersin, batuk-batuk, mata merah dan tak pergi klinik tapi suruh pekerja kerja macam biasa”

Luahan pekerja

“Terpaksa kerja overtime 12 jam”

Luahan pekerja

Menurut sumber yang diterima masih ramai majikan mengambil keputusan sendiri tanpa menghiraukan arahan dari kerajaan.

Malah ada juga majikan yang tidak mengetahui bahwa mereka tidak berhak sama sekali untuk memotong gaji pekerja atas alasan cuti tanpa gaji sepanjang tempoh Perintah kawalan Pergerakan dijalankan.

Pemotongan gaji hanya boleh dilakukan pada pekerja yang peroleh gaji melebihi RM2,000 dan juga buruh.

Baca: Ketahui Hak Anda Sebagai Pekerja Sekiranya Majikan Ingin Menolak Gaji Untuk Tempoh Terintah Kawalan Pergerakan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...