Majalah Upin Ipin Pula Khianati Kartunis Ujang Selepas 6 Tahun Beliau Membantu Menerbitkan Majalah

Trending

Majalah Upin Ipin Pula Khianati Kartunis Ujang Selepas 6 Tahun Beliau Membantu Menerbitkan Majalah

Majalah Upin Ipin ini bukan lah diterbitkan oleh Les’ Copaque Production tapi oleh sebuah syarikat yang diberikan hak penerbitan oleh Les’ Copaque Production. Kau jangan kecam Les’ Copaque Production pulak.

Advertisement

Menerbitkan majalah adalah sangat susah berbanding menerbitkan buku, jadi tidak hairanlah syarikat tersebut merayu kepada Kartunis Ujang untuk mendapatkan khidmatnya dahulu.

Menurut posting di laman facebook Ujang. Pada 6 tahun lepas, wakil syarikat tersebut datang ke rumahnya merayu supaya bekerja dengan syarikatnya. Beliau berat menerima tawaran tersebut kerana pernah ditipu sebelum ini oleh salah satu syarikat komik suatu ketika dahulu.

Kerana tidak mahu menerima tawaran tersebut, beliau meminta bayaran sebanyak RM15,000 dan syarikat tersebut tidak mampu membayar kerana masih baru dalam idustri. Syarikat tersebut terus merayu dengan menawarkan gaji sebanyak RM2,000. Disebabkan kesian, Ujang menarima tawaran tersebut walaupun berat hati.

Ujang yang memahami keadaan syarikat ini, menerima keputusan tersebut. Disana beliau dilantik menjadi penasihat dan melakukan kerja-kerja awal bagi membolehkan syarikat ini menerbit majalah kartun mereka sendiri. Antara kerjanya seperti menyediakan konsep, cara memohon permit daripada KDN, memberikan cadangan nama-nama pengedar yang boleh digunakan, cara untuk mengendalikan pencetakan majalah, menyusun sidang redaksi serta memantau perjalanan majalah. Kalau anda pernah teribat dengan industri penerbitan buku mahupun majalah, sudah pastinya gaji RM2,000 ini sangat sikit dengan kerja yang dibuatnya.

Akhirnya selepas 6 tahun beliau bekerja dan menguruskan segala urusan penerbitan komik Upin Ipin, syarikat yang menerbit Majalah Upin dan Ipin ini memberhentikan Ujang dalam 24 jam tanpa sebarang alasan yang munasabah. Disebabkan kesempitan yang beliau alami sekarang, beliau cuba merayu dengan syarikat ini untuk mempertimbangkan kembali pengambilannya semula dalam syarikat itu tetapi tidak diendahkannya.

Kartunis Ujang menerima segala keputusan dengan redho. Mungkin bukan rezekinya untuk terus bekarya dalam industri komik ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...