Majalah TIME Keluarkan Senarai 10 Gadget Terbaik Untuk 2017. iPhone X Tidak Berada Diatas

Trending

Majalah TIME Keluarkan Senarai 10 Gadget Terbaik Untuk 2017. iPhone X Tidak Berada Diatas

Majalah TIME telah mengeluarkan 10 gadget terbaik untuk 2017 dan amat mengejutkan dimana peranti yang maha mahal seperti iPhone X tidak berada di tempat pertama.

Advertisement

10. Sony Alpha A7R III

Merupakan kamera pilihan ramai apabila harganya jauh lebih murah berbanding Sony A9 Alpha. Dengan harga yang jauh lebih murah, ia mampu mengambil gambar dengan resolusi 2 kali ganda berbanding A9 dan auto focus dua kali lebih pantas berbanding A7R II.

9. Apple Watch 3

Jam tangan pintar dari Apple dengan versi naik taraf yang menyokong penggunaan LTE. Sokongan LTE ini membolehkan pengguna menerima panggilan dan juga sms.

8. Xbox One X

Selain Play Station, Xbox juga merupakan peranti permainan console paling digemari di dunia. Xbox One X adalah versi naik taraf yang menarik dari Microsoft dimana ia mampu menyokong permainan berevolusi 4K.

7. Amazon Echo (second generation)

Dilancarkan pada 2014 oleh Amazon. Generasi kedua ini membawakan naik taraf yang lebih menarik dengan rekaan yang lebih pendek dan menarik. System speaker juga dinaik taraf dengan menambah woofer dan tweeter. Ini membuatkan Amazon Echo menjadi meneraju kepada speaker mudah alih di pasaran.

6. Super Nintendo Entertainment System (SNES) Classic

Peranti ini membuat comeback pada 2017 dimana ia dikeluarkan kembali kepada peminat console Nintendo. COmeback terbaru mereka membawakan kembali permainan classic seperti Super Mario World, The Legend of Zelda: A Link to the Past, Donkey Kong Country, dan pelbagai lagi yang pernah menjadi sensasi suatu ketika dulu.

5. Samsung Galaxy S8

Peranti pintar dari Samsung yang mengetengahkan fungsi OLED. Seperti kita tahu, samsung adalah pembekal skrin OLED yang terbesar di dunia sehingga Apple pun menggunakan skrin OLED yang dibekalkan oleh Samsung. S8 juga merupakan peranti pertama yang mempunyai paparan penuh skrin OLED.

4. DJI Spark

Antara drone yang menarik tanpa pengguna perlu mengamal. Hanya tap 2 kali pada drone dan ianya akan terbang sendiri. pengguna hanya memerlukan isyarat tangan untuk mengawal drone ini. Sangat super power!

3. Microsoft Surface Laptop

Merupakan notebook hybrid pertama dikeluarkan. Microsoft menyerlahkan lagi peranti terbaru ini dengan rekaan yang lebih elegant berserta dengan beberapa fungsi yang lain seperti battery yang tahan lama dan ringan.

2. Apple iPhone X

iPhoen generasi terbaru dengan Face ID system yang meninggalkan pesaing yang lain. Menjadi sensai untuk tahun 2017 tapi masih tidak dapat mendahului Nintendo Switch yang lebih menarik kepada gamers di luar sana.

1. Nintendo Switch

console pertama dari Nintendo yang memberikan fungsi home console dan on the go console. Untuk fungsi on the go, skrin 6.2 inci digunakan sebagai pamaran seperti permainan console on the go yang lain.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...