July 2nd, 2015

Majalah JELITA sememangnya legendary sekiranya anda berusia di sekitar umur Abang Nara (sweet 32). Teringat masa kecil-kecil dulu memang penuh rak meja dengan majalah JELITA hasil pembelian mak ayah. Masa bulan Ramadhan memang syok tengok kuih-muih, lauk-pauk dan resipi-resipi di dalam majalah JELITA. Sambil-sambil tue bagi ‘hint’ kepada ibu tercinta nak makan lauk yang ada dalam majalah itu untuk berbuka. Hehehe.

majalah jelita

Namun bak kata pepatah, setiap permulaan pasti ada pengakhirannya. Selepas berpuluh tahun mewarnai dunia majalah tanah air, akhirnya JELITA telah pun ditamatkan penerbitan. Turut menerima nasib yang sama ialah Malaysian Business, Madam Chair dan Anjung Seri. Kesemua majalah ini adalah terbitan Berita Publishing.
majalah jelita

Menurut Pengarah Eksekutifnya, Juhaidi Yean Abdullah keputusan itu dibuat atas beberapa faktor terutama pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Antara fakta menarik ialah daripada 30,000 majalah yang dicetak, 28,000 dipulangkan kembali kerana tidak terjual. Itu satu fakta yang amat menyedihkan sebenarnya. Akibat tamatnya riwayat majalah-majalah ini, seramai 50 orang telah kehilangan kerjaya mereka.

majalah jelita

Agak menyedihkan apabila sebuah majalah ikonik seperti JELITA ini bertemu pengakhirannya dengan cara begini. Namun itulah yang dinamakan dunia perniagaan. Jika kita tidak berevolusi dan mengambil inisiatif mengikuti perkembangan semasa, memang padah jawabnya. Semoga ia menjadi pengajaran buat mereka yang terbabit di masa hadapan.


Comments are closed.

Loading...