Lama sungguh tak mendengar cerita mengenai Maizurah Hamzah ini. Berasal dari Singapura, Maizurah dulu sangat femes kerana kecantikannya. Selepas perkahwinannya dengan seorang juruterbang kira-kira 14 tahun lalu, Maizurah terus sepi daripada dunia hiburan.
Kini Maizurah Hamzah tampil dengan penampilan bertudung menghiasi muka depan majalah MIDI baru-baru ini. Cantik, ayu dan menawan sungguh. Khabarnya kini Maizurah sudah menjadi penulis buku genre kanak-kanak. Semoga Maizurah gembira dengan apa yang dilakukan sekarang.
P.S: Sejarah perang dunia kedua dalam tatoo.