August 30th, 2010

maizawati miss world

Agak pelik tapi itulah kenyataannya. Maizawati yang baru sahaja berkahwin baru-baru ini rupa-rupanya telah menyertai satu pertandingan kecantikan yang diberi nama Mrs Beauty Malaysia 2010. Mungkin tawaran hadiah wang tunai RM10,000 dan peluang untuk bertanding di Mrs Beauty World 2010 di Las Vegas menyebabkan Maizawati menyertai pertandingan ini.

Sedikit info yang agak menarik tentang pertandingan ini, ianya khas untuk mereka-mereka yang telah berkahwin sahaja. Dan mereka yang join boleh mewakili negeri kelahiran sendiri atau negeri kelahiran suami mereka. Mungkin sebab itu Maizawati mewakili negeri Sabah.

maizawati miss world

Paling bagus pertandingan Mrs Beauty Malaysia 2010 bukan seperti pertandingan ratu cantik yang lain. Kesemua peserta dilarang untuk memakai baju renang, pakaian jarang dan yang menjolok mata. Panel juri profesional dari Malaysia dan antarabangsa akan menilai peserta dari segi persembahan, pidato umum, temubual, personaliti, bakat, kerja amal dan penampilan.

All the best buat Maizawati. Mana tahu ada rezeki pengantin baru boleh menang.

P.S: Muntah darah tengok video miming lagu Spice Girls nie. Serius lawak.


Comments are closed.

Loading...