Maizawati Bengang Dengan Waheeda Halang Jumpa Anak

Hiburan

Maizawati Bengang Dengan Waheeda Halang Jumpa Anak

maizawati

Update: Kemungkinan besar Facebook di atas adalah Facebook yang sengaja direka untuk mengfitnah Maizawati. Tapi apa yang ditulis kat bawah adalah benar. Yang kat atas nie (FB) mungkin rekaan je.

Advertisement

Hmmmm. Tak habis-habis kisah Maizawati dan Waheeda nie. Kami tak tahu pihak mana yang bersalah sebab tak dengar cerita daripada kedua belah pihak. Tapi luahan hati Maizawati dalam Facebook dia ini memang sangat menyedihkan. Kenapalah kejam sangat tak bagi jumpa anak sendiri.

Dan Maizawati ada meluahkan perasaanya baru-baru ini:-

[note]Nak ikutkan, hati ibu mana yang tak sedih bila sudah lama tidak melihat anak-anak. Saya tak kisah Akhil dan Waheeda mahu memberikan pelajaran yang terbaik buat anak-anak saya tapi jangan putuskan hubungan saya dan anak-anak.[/note]

Untuk makluman, alasan AKhil dan Waheeda tak bagi anak bertemu dengan Maizawati ialah kerana ingin mereka menumpukan perhatikan terhadap pelajaran sepenuhnya. Sememangnya alasan ini kepada kami agak tidak logik. Takkanlah nak kena belajar sampai nak jumpa mak sendiri pun tak boleh?

Menurut Maiza, katanya dia tak ada masalah dengan Akhil. Cuma dengan Waheeda ada problem sikit:-

[note]Saya Akhil dah ada keluarga masing-masing, kenapa perlu buat begini kepada saya? Setahu saya, sebelum ini, Akhil tidak ada apa-apa masalah dengan saya cuma perempuan itu (Waheeda) yang bermasalah dengan saya. [/note]

Paling tak tahan ayat Maiza yang merupakan satu sindiran pedas direct kepada Waheeda:-

[note]Saya tak pernah pun kacau hidup dia, kenapa perlu dia burukkan saya kepada anak-anak? Itu sudah melampau. Kadang-kala saya bertanya sendirian, apa gunanya dia bertudung jika berpelakuan begitu? Sepatutnya, sebagai saudara sesama Islam, kita perlu berbaik antara satu sama lain[/note]

Entahlah kami nak cakap banyak-banyak pun tak tahu sangat bab rumah tangga nie. Cuba-cubalah berbaik untuk kebaikan anak sendiri. Kepada Waheeda, cepat-cepatlah lahirkan anak sendiri supaya tak berebut sangat nak jaga anak Maiza nie. Sumber dari Mstar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...