MAIWP Tetapkan 3 Kadar Zakat Fitrah Untuk Wilayah Persekutuan Tahun Ini

Kehidupan

MAIWP Tetapkan 3 Kadar Zakat Fitrah Untuk Wilayah Persekutuan Tahun Ini

Ramadan kian tiba dan sudah pasti umat Islam akan melaksanakan ibadah puasa bagi menyempurnakan salah satu rukun Islam. Selain daripada ibadah puasa, umat Islam dikehendaki untuk membayar zakat pada bulan Ramadan.

Menerusi laporan Kosmo Onlline, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menetapkan kadar zakat fitrah pada tahun ini bagi semua pembayar zakat fitrah untuk tiga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Advertisement

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, ketiga-tiga kadar berkenaan dipersetujui oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara’ Wilayah Persekutuan.

“Kadar wajib zakat fitrah tahun ini ialah RM 5”

Ketetapan jumlah kadar tersebut bertujuan untuk meringankan beban umat Islam yang kurang berkemampuan dalam menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim ketika pandemik Covid-19.

“Walau bagaimanapun, dua lagi kadar iaitu RM 7 dan RM 14 ditetapkan kepada mereka yang berkemampuan selain ingin membayarnya secara gandaan mengikut beras yang dimakan” 

Beliau telah memaklumkan kenyataan tersebut pada Majlis Penyampaian Bantuan Ihya’ Ramadan dan Watikah Pelantikan Ketua Amil serta Amil Zakat di Masjid Wilayah Persekutuan, hari ini.

Dalam pada itu, individu juga digalakkan untuk membayar zakat fitrah lebih daripada kadar minimum secara sukarela tanpa wujud paksaan.

Sumber 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...