Melalui platform Threads, baru-baru ini, seorang pemuda mendakwa berasa menyesal kerana terlalu mengikut kehendak keluarga hingga membuatkan dirinya terbeban menanggung komitmen setiap bulan.
‘Keluarga cakap takkan engineer pakai kereta lokal..’
Menurut lelaki terbabit, dia mengikut kehendak keluarga dengan membeli kereta jenama Jepun iaitu Honda yang pada mulanya dia hanya mahu membeli kereta jenama lokal.
Saya sangat menyesal beli kereta jenama H masa baru-baru mula bekerja. Saya sebenarnya nak beli Bezza tapi keluarga saya cakap takkan lah engineer pakai kereta lokal.
Terbeban dengan komitmen bulanan
Kerana tidak berfikir panjang, dia merasakan dengan gaji pemulaan sebanyak RM3500 cukup untuk membayar komitmen kereta sebanyak RM1000 dan selebihnya membayar perkara lain.
Bagaimanapun, selepas membeli, baru lelaki itu sedar komitmen tersebut menggunakan kos yang mahal, lagi-lagi melibatkan caj servis, cukai jalan dan tayar botak.
Susulan itu, dia berharap agar tahun ini ada kenaikan gaji tetapi realitinya gaji lelaki berkenaan masih kekal sama.