Main TikTok Pula, Anuar Zain Kata ‘Only Positive Vibes’, Hanya Suka-Suka Hiburkan Peminat

Hiburan

Main TikTok Pula, Anuar Zain Kata ‘Only Positive Vibes’, Hanya Suka-Suka Hiburkan Peminat

Penyanyi tersohor, Anuar Zain khabarnya telah membuka akaun TikTok untuk lebih dekat berinteraksi dengan peminat di luar sana.

Anuar Zain
3 years ago

Otai Masih Berbisa, Video Anuar Zain Menyanyi Sambil Hidang Teh Tarik Curi Perhatian

Advertisement

Dia yang membuat pengumuman pembukaan akaun di aplikasi popular tersebut turut mendapat reaksi positif daripada netizen.

Hi semua, saya baru di TikTok, hanya ingin mengucapkan selamat datang buat diri sendiri dan menantikan perkara yang menyeronokkan di sini. Boleh follow, komen, hanya yang positif saja okay. Kita seronok-seronok sahaja, good vibes saja, no bad vibes. So kita sama-sama sokong antara satu sama lain, naikkan sama sendiri dan menjadi positif. Love you.

Selain itu, ramai pula peminat yang membuat permintaan supaya adik kepada penyanyi dan pelakon Ziana Zain itu menyanyikan salah satu lagu popularnya, Lelaki Ini.

Malah ada juga yang meninggalkan komen kenangan ketika menghadiri konsert serta momen-momen berjumpa dengan idola mereka itu suatu ketika dahulu.

Sehingga kini, Anuar Zain telah berjaya meraih sokongan lebih 60,000 pengikut di aplikasi TikTok itu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...