Main Permainan “Tekan Dada & Pengsan”, Kanak-Kanak 11 Tahun Maut

Trending

Main Permainan “Tekan Dada & Pengsan”, Kanak-Kanak 11 Tahun Maut

23chi.transformed

Seorang budak lelaki berumur 11 tahun maut ketika mengambil bahagian dalam cabaran media sosial online, kata ibunya.

Advertisement

Budak lelaki tersebut yang dikenali sebagai Da’Vorius Christopher ‘Chi-Chi’ Gray dari Carolina Selatan, ditemui maut di rumahnya selepas bermain permainan cabaran “pass out challenge”.

Ibunya menyalahkan pengaruh online ke atas kematian itu dan menggesa penyeliaan lebih tegas ke atas penggunaan media sosial.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi padera keluarga itu, Mark Pangel, ibu itu berkata: “Jika saya dapat putarkan masa, saya akan memantau lebih tegas penggunaan media sosial, YouTube dan internet.

“Dia mengambil bahagian dalam cabaran digelar ‘kick’ dan bermain permainan digelar ‘hangman’ dan ‘pass-out challenge’ di mana kanak-kanak bermain sehingga pengsan dan jelasnya ia adalah permainan amat popular.

Anak saya juga tidak menunjukkan tanda-tanda kemurungan atau kelakuan merosakkan, namun Da’Vorius seorang yang gemar membuat helah.”

Laporan dari nydailynews, Gray mengetahui tentang permainan “pass-out challenge” itu dari media sosial.

326FF17700000578-3503540-image-a-18_1458602507894

Laporan itu turut menjelaskan bahawa permainan “Pass-out-challenge” adalah permainan dimana pemainnya mencekik leher atau menekan dada dengan tujuan untuk menjadi khayal kerana kekurangan oksigen.

Sementara itu, hasil carian Youtube terhadap kata kunci “pass-out-challenge” mendapati lebih dari 270,000 video yang terhasil.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...