Main ‘Monsoon 360’ Di Sunway Lagoon Berisiko? Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Beliau

Trending

Main ‘Monsoon 360’ Di Sunway Lagoon Berisiko? Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Beliau

Perkongsian yang bakal ditulis ini bukan untuk menjatuhkan mana-mana pihak, sebaliknya sebagai perkongsian bersama dan peringatan kepada diri sendiri.

Sekiranya tahap ketahanan badan anda untuk bermain sesuatu permainan di taman tema adalah rendah, sila jauhkan diri dari benda-benda tersebut.

Advertisement

Kisah yang diceritakan oleh seorang lelaki ini sebenarnya tidak menuding jari kepada mana-mana pihak.

Sebaliknya harus dijadikan iktibar dan peringatan kepada semua orang.

Malah pihak berwajib juga ada mengingatkan bagi mereka yang mempunyai penyakit tertentu seperti sakit jantung tidak digalakkan untuk menaiki permainan di taman tema.

Semuanya di bawah tanggungan dan risiko sendiri.

Jom calculate kenapa kaki aku patah & gadis remaja tu knock out.. (kelajuan 21km/j)

Kronologi :

Lepas aku launching trus free fall lebih kurang 8 meter sebelum perubahan arah gelongsor naik 45 degree ke arah atas semula sebelum belokan ke landing pool.

Rupa-rupanya ada budak perempuan sebelum aku stuck (mungkin sebab dia pitam semasa launching tu. Sebab dia tak mintak pertolongan pun masa dia stuck.

So semua attendant pool tu tak perasaan.

Bila tiba giliran aku untuk berlepas, aku pejam mata lebih kurang 0.5 hingga 1 saat dalam jarak 8 meter. Ada bunyi pelanggaran dan tiba-tiba aku terhenti kat tengah-tengah terowong tu.

Apa hal siol??

Aku bangun, tengok ada budak perempuan tengah mengigil merenjat tangan kejang, mata ke atas sebelum dia pengsan sebab kene hentaman kuat kaki aku ke kepala dia.

Aku pulak kaki patah (buku lali).

Ok mari kita kira berapakah halaju (v) dan daya (F) hentaman budak tu kene sampai dia Knock Out..

V=s/t (m/s)
F=mxa(N)

V= 8m (jarak ke point hentaman ÷ 0.5s (masa ke point hentaman)
V=8m/0.5s
v=16ms-1 (21km/j)

F=79kg(jisim badan aku) x9.81ms-2( pecutan graviti)
F =79kgX9.81ms-1
F=774.99N.

Patutlah knock out and kaki aku patah..

Tapi aku berharap sangat agar pihak sunway lagoon tak tutup terus slide ni, sebaliknya tingkatkan sistem n SOP.

Sebab aku rasa slide ni antara paling gempak kat negara kita. 1 day aku akan kembali dan habiskan hingga ke garisan penamat peluncuran aku di monsoon 360 ni.

Info baru: gadis itu selamat dan kekal cergas, cuma sedikit muscle pain kat bahu.

Sumber:Ahmad Rasheed

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...