Main Mercun Tanpa Kebenaran Boleh Dikenakan Hukuman Penjara & Denda – KPN

Berita

Main Mercun Tanpa Kebenaran Boleh Dikenakan Hukuman Penjara & Denda – KPN

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai supaya tidak bermain mercun bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini yang boleh mengancam keselamatan diri dan masyarakat.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, aktiviti itu berisiko menyebabkan kecederaan yang serius, kebakaran serta mengganggu ketenteraman awam.

Advertisement

ketua polis negara

Malah, kami ingin mengingatkan bahawa bermain mercun tanpa kebenaran adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

 

Pesalah boleh dikenakan hukuman penjara atau denda berat.

Bimbang kejadian sama berulang

Razarudin berkata, sepanjang tahun ini hingga semalam, dua kes kecederaan akibat bermain mercun telah dilaporkan membabitkan dua kanak-kanak di Kedah dan Kelantan.

kedah kelantan

Sebelum ini, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di Kedah telah mengalami kecederaan pada tangan dan muka selepas mercun bola yang dinyalakan meletup sebelum sempat dibaling.

Manakala di Kelantan, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun putus tiga jari selepas mercun buatan sendiri yang digunakan meletup secara tiba-tiba.

Kami bimbang kejadian seperti ini akan terus berulang, lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan.

 

Orang ramai, khusunya ibu bapa perlu memantau aktiviti anak-anak dan menasihatkan mereka supaya tidak bermain mercun.

Tambahnya lagi, bermain mercun boleh mengakibatkan kecederaan parah seperti melecur, putus jari, buta dan kecacatan kekal. Malah, bunyi letupannya boleh menggangu ketenteraman awam.

Dalam beberapa kes sebelum ini, kebakaran besar dilaporkan berpunca daripada percikan api mercun yang terkena bahan mudah terbakar.

Dalam pada itu, PDRM dengan kerjasama agensi keselamatan dan pihak berkuasa tempatan akan mempergiatkan kempen kesedaran bagi mendidik masyarakat mengenai bahaya bermain mercun.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

boleh buat laporan polis ke atas Ammar Nazhan
2 months ago

Boleh Ke Ammar Nazhan Dikenakan Tindakan Bila Balik Malaysia? Ini Penjelasan Peguam - "PDRM Boleh Siasat Kalau..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...