Sejak kebelakangan ini, usahawan serta pempegaruh media sosial, Khairul Aming sering berkongsikan video dirinya bersama rakan baik bercuti di negara London serta Paris.
Video-video yang di kongsikan itu mendapat perhatian ramai dan rata-rata meluahkan rasa ‘cemburu’ serta teringin ingin mengunjungi negara-negara tersebut setelah menonton video KA.
Baru-baru ini, KA memaparkan dirinya berada di negara Paris dan telah mengunjungi satu restoran pastri yang cukup popular dengan menu hot chocolate, di cicah pula bersama pastri croissant.
Aku nampak orang komen2 dekat video ni halal ke apa lancau. Kau kalau sibuk sangat pasal halal haram kau jangan sibuk lah dalam video orang. Kau makan pisang goreng tepi longkang Sentul tu je. Jangan sibuk orang nak makan kwason ke mekerun dekat Paris yihh pic.twitter.com/Z3GCsSXjBT
— Naim (New Account) (@NaimNawrouz) December 4, 2022
Biarpun niat hanya ingin berkongsikan rasa seronok mengunjungi tempat idaman bersama peminat, ada juga segelintir netizen yang mempertikai sama ada makanan yang di makan oleh influencer tersebut halal ataupun tidak.
Hal terbabit menjadi topik perbahalahan sesama netizen di platform media sosial, di mana ada yang berkata sudah semestinya KA membuat research dahulu sebelum mengunjungi restoran itu.
Namun, ada juga netizen merasakan ramai yang sering mengambil ringan mengenai isu halal haram apabila mengunjungi negara luar dan sebab mempersoalkan isu terbabit kerana KA merupakan seorang influencer, jadi perkara yang di lakukan pasti ramai akan mengikutinya.
Sekadar info, Khairul Aming memulakan kerjaya sebagai seorang influencer masakan di media sosial sekitar tahun 2016 dan mula memulakan perniagaan Sambal Nyet yang di gilai ramai pada awal tahun 2021.