Main Kasut Roda Dalam Stadium, Zahnita Wilson Terima Kecaman – “Rosak La Trek Tu Kak…”

Hiburan

Main Kasut Roda Dalam Stadium, Zahnita Wilson Terima Kecaman – “Rosak La Trek Tu Kak…”

Pelakon dan model, Zahnita Wilson menjadi sasaran kecaman netizen selepas memuat naik perkongsian memaparkan dirinya bermain kasut roda (roller blade) di kawasan Stadium Merdeka.

Isu tersebut mula mencetuskan perdebatan selepas seorang pengguna Threads, Hafinazi Hanafiah, memuat naik hantaran mempertikaikan tindakan Zahnita serta pengurusan Stadium Merdeka yang disifatkan sebagai tidak tegas.

Advertisement

Pengurusan Stadium Merdeka memang barai la.

Ramai warganet berpendapat perbuatan bermain roller blade di kawasan bersejarah itu tidak wajar kerana Stadium Merdeka merupakan tapak warisan negara yang mempunyai nilai sejarah tinggi, selain dikhuatiri boleh menyebabkan kerosakan pada permukaan lantai dan struktur.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dan mempersoalkan tahap kawalan serta peraturan pihak pengurusan stadium terhadap aktiviti pengunjung.

stadium merdeka

Stadium Merdeka ni tapak bersejarah, bukan taman permainan. Sepatutnya ada peraturan jelas.

Kalau orang awam lain buat, mesti kena tegur. Bila selebriti buat, semua diam.

Namun begitu, ada juga segelintir netizen yang tampil mempertahankan Zahnita dengan menyatakan bahawa ketiadaan papan tanda larangan atau penguatkuasaan jelas daripada pihak pengurusan mungkin menjadi punca kekeliruan.

komen zahnita

komen zahnita

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak pengurusan Stadium Merdeka mahupun Zahnita sendiri berhubung isu tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

mona allen
2025-12-26 09:25:13

Tular Video Mona Allen Sambut Krismas & Bertukar Hadiah, Netizen Kecam - "Terus Tak Minat, Hipokrit"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...