Pelakon yang sering kelihatan di kaca TV membintangi drama-drama tempatan, Mustaqim Bahadon tampil meluahkan rasa kesal apabila dirinya dilayan dengan sikap acuh tak acuh oleh sesetengah stesen televisyen tempatan.
Tambah Mustaqim, namanya sering saja ditolak oleh stesen televisyen ekoran lebih menjadi pilihan stesen televisyen yang lain.
View this post on Instagram
“Anak seni..bila dicadangkan nama ke stesyen televisyen, station TV A cakap eh dia banyak dengan station TV B. Cadang ke station TV B pula depa cakap ala awak dah selalu dengan station TV B, kami nak muka lain pula. Pergi station TV C, depa tanya follower berapa?”
Meskipun mengeluh dengan sikap sedemikian, pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim itu masih bersyukur kerana kudratnya masih diperlukan dalam industri.
View this post on Instagram
Meninjau ruangan komen, ramai rakan artis tampil memberi pendapat yang sama dan ramai juga yang mengalami dilema seperti yang dialami dirinya.
“Ini yang dinamakan industri..” kata seorang artis di bahagian komen.